Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pusat pemeriksaan Johor gelap kerana putus elektrik

Dec 06, 2023 | 04:56 PM



Gangguan bekalan elektrik menyebabkan pusat pemeriksaan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru menjadi gelap sekitar 10 jam pada 5 dan 6 Disember.

Menurut The Straits Times (ST), kejadian itu turut menimbulkan kemarahan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Dalam catatan Facebook pada 6 Disember, Datuk Onn Hafiz berkata: “Apa yang berlaku sangat menyusahkan pengguna harian dan memalukan negeri ini.”

Beliau juga menyiarkan gambar surat bertarikh 27 November, yang memaparkan gambar dan notis daripada syarikat elektrik Malaysia, Tenaga Nasional.

Notis tersebut memaklumkan mengenai gangguan bekalan elektrik di BSI dan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dari 8 malam pada 5 Disember hingga 4 pagi pada 6 Disember disebabkan kerja penyelenggaraan.

Satu video yang disiarkan pada 11.10 malam pada 5 Disember oleh pengguna Facebook dalam kumpulan Malaysia-Singapore Border Crossers, menunjukkan BSI yang sesak dengan pelawat yang menunggu dalam suasana gelap, kecuali sedikit cahaya daripada lampu di kaunter pusat pemeriksaan.


Menurut satu kumpulan Telegram rentas sempadan, kuasa elektrik di kompleks itu pulih secara bertahap mulai 9.20 pagi. Gangguan itu turut menjejas kemudahan pintu masuk elektronik (e-gate) CIQ.


Seorang eksekutif pembangunan perniagaan, Cik Alyssa Yong, yang berkunjung ke Singapura untuk bekerja lima hari seminggu, memberitahu ST bahawa bekalan elektrik masih terputus ketika beliau tiba di pusat pemeriksaan itu pada 7 pagi.

“Ia sangat panas dan sesak di dalam dan saya melihat ramai yang berpatah balik. Pintu masuk elektronik juga terjejas, oleh itu kami terpaksa menggunakan kaunter manual. Barisan beratur panjang tetapi ia masih bergerak,” ujar Cik Yong, 25 tahun.

Ramai pelawat lain turut menggunakan wadah media sosial untuk menceritakan pengalaman mereka dan melahirkan rasa terkilan dengan kejadian itu.

Pengguna Facebook Cik Atiqah M. Li berkata “CIQ gelap seperti ada konsert” manakala seorang lagi pengguna menasihatkan pelawat agar terus “menjadi kuat”.

Bekalan elektrik yang terputus itu turut menjejas lorong motosikal.

Dalam catatan Facebook sekitar 11.15 pagi, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memaklumkan pelawat mengenai trafik keluar dari Pusat Pemeriksaan Woodlands yang sesak disebabkan kesesakan di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >