Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II, akan membuat lawatan rasmi pertamanya ke Singapura atas undangan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Putera Mahkota itu akan bertemu beberapa pemimpin Singapura semasa lawatannya 10-12 Januari, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 10 Januari.
Ini termasuk bertemu dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Encik Lee secara berasingan.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.
Encik Lee juga akan menjadi hos satu majlis makan tengah hari rasmi kepada Putera Hussein, sebagai penghormatan untuknya.
Putera Hussein akan melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew untuk membincangkan kerjasama dalam pembangunan modal insan.
Beliau akan ditemani isterinya, Puteri Rajwa al-Seif; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Jordan, Encik Ayman Safadi; Menteri Ekonomi Digital dan Keusahawanan, Encik Ahmad Al Hanandeh; dan Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa, Cik Zeina Touqan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg