Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Rang benarkan tahanan tanpa bicara akan dilanjut 5 tahun lagi

Mar 07, 2024 | 06:01 PM



Rang undang-undang untuk melanjutkan kuasa Menteri Ehwal Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa bicara berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan sindiket dan kongsi gelap telah diperkenalkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada 7 Mac.

Rang melibatkan Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) (Pindaan) (CLTPA) bakal menyaksikan ia dilanjutkan lima tahun lagi untuk kali ke-15, mulai 21 Oktober 2024.

CLTPA telah digubal pada 1955.

Dikenali sebagai Seksyen 55, ia membolehkan Menteri Ehwal Dalam Negeri menahan atau meletakkan seseorang yang dikaitkan dengan jenayah di bawah pengawasan polis, atas sebab keselamatan.

Ia telah digunakan dalam kes apabila saksi enggan memberikan keterangan kerana takut akan tindakan balas, lapor The Straits Times.


Mereka yang dikeluarkan perintah tahanan (DO) boleh ditahan sehingga 12 bulan, manakala mereka yang dikeluarkan dengan perintah pengawasan polis (PSO) tertakluk kepada pengawasan polis sehingga tiga tahun.

Presiden boleh melanjutkan perintah jika perlu.

Mereka yang dikenakan PSO perlu mematuhi perintah berkurung dan sekatan perjalanan yang ketat. Jika melanggar syarat, mereka boleh dihukum penjara.

Kedua-dua perintah itu mula diperkenalkan pada 1958 untuk menangani masalah kongsi gelap di Singapura.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata CLTPA memerlukan pembaharuan berkala kerana kuasa yang diberikan kepada menteri.

Langkah perlindungan telah dilaksanakan, termasuk keperluan mendapatkan persetujuan pendakwa raya, sebelum DO atau PSO boleh diperkenalkan.

DO dan PSO juga mesti disemak oleh jawatankuasa bebas, manakala tahanan dimaklumkan tentang alasan penahanan mereka.

Tahanan juga boleh diwakili secara sah di hadapan jawatankuasa.

Setiap kes disemak oleh jawatankuasa penasihat yang berasingan sekurang-kurangnya sekali setahun, selepas itu jawatankuasa mengemukakan syor kepada Presiden tentang kesesuaian tahanan untuk dibebaskan.

Apabila rang itu diundi pada 2018 untuk dilanjutkan, 10 daripada 89 Anggota Parlimen yang hadir mengundi menentangnya, manakala dua berkecuali.

Lanjutan akta itu hampir lima tahun lalu termasuk pindaan untuk menyatakan dengan jelas jenis kesalahan di bawah akta tersebut seperti kegiatan kongsi gelap, pinjaman wang tanpa lesen, pengedaran dadah, penculikan dan jenayah terancang.

MHA berkata CLTPA kekal sebagai instrumen undang-undang penting bagi polis untuk bertindak secara berkesan terhadap kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Sejak diperbaharui pada 2019, ia telah digunakan terhadap mereka yang banyak terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

MHA berkata ini termasuk ketua dan ahli kanan kongsi gelap yang merekrut belia ke dalam kumpulan samseng dan yang melakukan serangan ganas terhadap kumpulan lain dan orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >