Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

27 lelaki ditahan, disyaki ahli kongsi gelap

May 23, 2023 | 4:14 PM
DISIASAT: Lebih 20 orang dilihat menolak motosikal mereka selepas ditahan kerana disyaki terlibat dalam kongsi gelap. 
DISIASAT: Lebih 20 orang dilihat menolak motosikal mereka selepas ditahan kerana disyaki terlibat dalam kongsi gelap.  - Foto YOUTUBE SG ROAD VIGILANTE

POLIS telah menahan 27 lelaki berumur antara 19 tahun dengan 45 tahun, kerana disyaki terlibat dalam pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Dalam operasi di Hougang Avenue 7 yang dijalankan bersama Cawangan Kongsi Gelap (SSB), Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Polis Trafik (TP) pada 21 Mei, beberapa lelaki itu didapati menggunakan topi keledar dan kemeja-T dengan logo yang dipercayai melambangkan keahlian sebuah kongsi gelap.

Dalam video yang tular dalam talian, lebih 20 orang dilihat menolak motosikal mereka di jalan raya, diiringi pegawai TP yang memerhatikan sambil menunggang motosikal.

Polis berkata siasatan terhadap kesemua 27 lelaki itu sedang dijalankan, dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan menyiasat kumpulan itu untuk kesalahan peraturan lain.

Mereka yang didapati bersalah menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $5,000, atau kededuanya sekali.

Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg