Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan harap ramai warga muda lestari masjid, tabur bakti secara konsisten

Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Sejak berusia 12 tahun lagi, kehidupan Encik Fayaz Nazurudeen sudahpun berkisar di persekitaran di Masjid Jamae Chulia. Ketika itu, Encik Fayaz masih lagi mengikuti kelas madrasah mingguan, dan kini beliau kekal di masjid ini dan membantu sebagai relawan.

Encik Fayaz kini menjadi Befriender, atau Pendamping, masjid dan tugasan ini memberikannya kepuasan selain mengetahui dan mengambil tahu tentang cabaran dan keperluan yang dihadapi penduduk yang memerlukan di kawasan berdekatan masjid.


Selain itu, beliau turut menolong mengagih barangan keperluan dapur seperti beras, gula, minyak dan keperluan makanan lain, setiap bulan.

“Saya telah mengikuti kelas mingguan di Masjid Jamae Chulia, ketika bersekolah rendah lagi. Pada waktu itu, saya dan kawan-kawan lain juga menolong masjid secara tidak rasmi, membantu apa yang patut. Namun, bermula 2021, saya menjadi pendamping masjid.

“Tugasan ini memberikan diri saya kepuasan dan tekad yang kuat untuk membantu dengan lebih mendalam lagi. Menziarahi rumah-rumah warga memerlukan dan penerima zakat ini, membuatkan saya menjadi insan yang lebih prihatin dan empati terhadap persekitaran, dan cabaran yang ditempuhi mereka (warga memerlukan) ini. Saya juga berharap, ramai lagi anak muda atau belia kita yang akan terus membantu, kerana dengan bantuan yang kita sumbangkan ini mampu memberikan mereka keceriaan dan kesan positif terhadap kehidupan mereka,” jelas pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Mekanik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.

INGIN RELAWAN MUDA TAMPIL

Encik Fayaz, 25 tahun, turut mendambakan lebih ramai lagi anak muda yang akan turun padang dan menjadi relawan masjid secara tetap. Baginya, menabur bakti di masjid mampu menjadikan diri seseorang tidak ‘terpencil’ atau bersendirian.

“Dengan meluangkan masa dan menjadi sukarelawan di masjid atau di pertubuhan yang lain, seseorang mampu bergaul, mengenali satu sama lain sambil mengeratkan silaturahim. Kita dapat melihat bagaimana remaja dan belia hari ini terlalu fokus dengan gajet peribadi mereka dan menjadi ‘isolated’, atau sendirian, pada kebanyakan waktu.


“Jadi, pada pendapat saya, menabur bakti dan menjadi relawan di Masjid Jamae Chulia ini adalah yang terbaik untuk diri saya. Dan masjid-masjid di sini juga amat mengharapkan dan selalu mengalu-alukan kehadiran dan sokongan warga muda agar terus melestarikan masjid-masjid di negara kita ini. Gunakanlah keistimewaan dan kelebihan yang kita peroleh selama ini, dengan jalan kebaikan,” jelas Encik Fayaz.

KERJA PENINGKATAN DAN PERLU SOKONGAN RAMAI

Memberitahu Berita Harian (BH), Encik Fayaz amat berpuas hati dengan kerja peningkatan yang telah dijalankan di Masjid Jamae Chulia. Menurutnya, sebelum ini dewan masjid begitu panas dan udaranya juga berbahang.


Binaan tanjakan, atau ramp, juga memudahkan ramai warga emas yang berkerusi roda atau PMD untuk ke masjid.


“Secara jujur, kerja peningkatan ini amat bermakna dan sangat menggembirakan ramai jemaah masjid. Sebelum ini, suasana di dewan masjid utama amat panas dan berbahang, terutamanya ketika kita mengerjakan solat Jumaat atau tarawih. Namun, dengan pemasangan alat penghawa dingin ini, ramai jemaah kini boleh beribadah dengan lebih tenang lagi.

“Pemasangan tanjakan ini juga memudahkan jemaah lanjut usia dan yang berkerusi roda datang ke masjid dengan lebih mudah lagi. Saya amat mengharapkan sokongan orang ramai agar terus menyokong dan menderma kepada masjid yang telah diwartakan sebagai Monumen Negara ini,” tambah Encik Fayaz.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata secara keseluruhannya masjid memerlukan $3 juta untuk kerja peningkatan ini. Namun, setakat ini hanya separuh daripada jumlah ini yang dapat dikumpulkan. Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki akan segera tercapai.

“Pihak masjid masih lagi memerlukan sokongan ramai dan kami masih lagi memerlukan $1.5 juta dana untuk kerja naik taraf ini. Setakat ini, $1.5 dapat kami kumpulkan. Derma dan projek wakaf akan tetap diteruskan, dan orang ramai yang berhajat ingin menderma, boleh menghubungi pihak masjid atau boleh melakukannya terus dalam talian,” ujar Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Nasi beriani amal ini disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak dihidangkan Victory Restoran.

SUMBANGAN IKHLAS


Cara memberikan sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae Chulia:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan poskan ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >