Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan saksi perubahan besar masjid sejak jadi jemaah 40 tahun lalu

Masjid masih perlu $1.5 juta untuk kerja naik taraf
Dec 08, 2023 | 05:31 AM



Bagi Encik Haniffa Osman, Masjid Jamae Chulia bak rumah keduanya. Menurut datuk lima cucu ini, beliau telah ke masjid tersebut sejak berusia awal 30-an tahun lagi dan masih gigih ke sana hingga ke hari ini. Selain ke sana setiap hari Jumaat, Encik Haniffa akan singgah dan beribadah di masjid ini, sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu.

Beliau berkata selain dekat dengan rumahnya, yang berdekatan di daerah Telok Blangah, masjid ini juga terletak di kawasan bandar dan agak mudah ke sana kerana terdapat pelbagai pengangkutan awam serta berada dekat di kawasan pelancongan Chinatown.

Encik Haniffa, 73 tahun, pemilik bersama Supreme Security Agency Pte Ltd memberitahu Berita Harian (BH), beliau telah melihat bagaimana Masjid Jamae Chulia berubah wajah dan menjadi lebih mesra warga emas sejak menjalani kerja peningkatan ini.


Baginya, perubahan yang ketara adalah pemasangan alat penghawa dingin di dewan solat, pemasangan tanjakan, pemasangan jubin baru, pengecatan serta tempat wuduk yang lebih teratur dan mudah digunakan khususnya oleh warga senja.


Selain itu, sebagai jemaah tegar di Masjid Jamae Chulia, Encik Haniffa juga dengan ringan tangan akan membantu pihak masjid bila-bila sahaja tenaganya diperlukan. Antaranya, Encik Haniffa akan menolong menyediakan bungkusan dan membahagikan bubur masjid kepada jemaah lain pada bulan Ramadan.

“Saya telah ke Masjid Jamae Chulia tanpa jemu sejak empat dekad yang lalu, ketika saya berusia 30-an tahun lagi sehingga sekarang. Perjalanan dari rumah saya memang dekat, hanya mengambil lebih kurang 20 minit menggunakan pengangkutan awam.

“Sebagai jemaah setia di Masjid Jamae Chulia ini, saya telah melihat bagaimana masjid ini berubah dan menjadi lebih baik dan sempurna, mesra warga tua dengan kerja peningkatan yang telah dijalankan ini. Memang amat kami semua nantikan. Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang telah saya lihat sendiri.

“Sebelum ini, masjid agak panas dan berbahang, khususnya di dewan solat utama. Namun kini, keadaannya jauh lebih baik, lebih sejuk dan berangin, nyaman dan kondusif. Dengan perubahan ini, ia akan memudahkan jemaah bersolat dan beribadah dengan lebih tenang lagi. Tempat wuduk sekarang juga lebih luas, selamat digunakan dan sangat teratur,” jelas Encik Haniffa.

Encik Haniffa turut menambah, meskipun dirinya bukan relawan masjid secara rasmi, namun baginya, selagi termampu beliau akan membantu pihak masjid dengan ikhlas.

“Pada setiap bulan Ramadan, saya akan ke masjid seawal tiga petang dan membantu selagi apa yang saya mampu dan akan pulang ke rumah dalam jam 10 atau 11 malam.

“Saya rasa amat berbesar hati dan teruja kerana dapat menolong dalam pengagihan bubur masjid kepada jemaah lain.

“Saya berharap ramai lagi anak muda Islam yang akan ‘turun padang’ dan membantu masjid-masjid kita ini.

“Ramai lagi tenaga muda yang kita perlukan, demi terus melestarikan masjid di sini,” kata Encik Haniffa lagi.

MASJID MASIH
MEMERLUKAN DANA

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata secara keseluruhannya masjid memerlukan $3 juta untuk kerja peningkatan ini. Namun, setakat ini hanya separuh jumlah ini yang dapat dikumpulkan. Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki akan segera tercapai.

“Pihak masjid masih lagi memerlukan sokongan ramai dan kami masih lagi memerlukan $1.5 juta dana untuk kerja naik taraf ini. Setakat ini, $1.5 dapat kami kumpulkan. Derma dan projek wakaf akan tetap diteruskan, dan orang ramai yang berhajat ingin menderma, boleh menghubungi pihak masjid atau boleh melakukannya terus dalam talian,” ujar Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Nasi beriani amal ini disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak dihidangkan dari Victory Restoran.

SUMBANGAN IKHLAS


Cara memberikan sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae Chulia:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan poskan ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >