Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Saingan sengit dijangka di Terengganu; PH-BN dan PN-PAS saling luah keyakinan

Jul 29, 2023 | 04:42 PM



Satu persaingan sengit dijangka berlaku dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) di Terengganu bulan depan apabila kedua-dua parti yang bertanding – Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) – saling meluahkan keyakinan dapat memenangi negeri kaya minyak di pantai Timur Malaysia ini.

Pada 28 Julai lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH, yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN), yang turut terdiri daripada Umno, berkata mereka sedang berusaha keras untuk merampas semula Terengganu dalam PRN15 yang dijadualkan pada 12 Ogos ini.

Awal dari itu, pada 26 Julai, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), parti komponen terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang turut terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula menggesa jentera partinya bekerja keras mencapai matlamat menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Mengulas kemungkinan berlaku persaingan itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata: “Memanglah kita masuk pilihan raya ini sasarannya untuk menang dan kita jadikan sasaran untuk memenangi keseluruhan (32) kerusi.

“Saya berharap jentera bekerja ke arah itu dan momentum yang dilihat pada waktu ini, alhamdulillah ke arah itu, insya-Allah.”

Beliau berkata demikian ketika bertemu pemberita selepas menyerahkan borang penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang yang ditandinginya di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang pada pagi Sabtu.

Datuk Dr Ahmad Samsuri, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu dan penyandang kerusi itu, bakal berdepan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Suhaimi Sulaiman.

Beliau menambah, PN yakin dapat mengekalkan kemenangan di Terengganu dengan sasaran lebih banyak kerusi, termasuk memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, yang turut dipertandingkan.

Mewakili PH-BN, mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, pula akan berentap dengan Datuk Razali Idris, ketua Bersatu Terengganu yang mewakili PN-PAS.

Bagi menambah kehangatan persaingan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga melahirkan keyakinan Terengganu dan Kedah akan balik semula kepada PH-BN dalam PRN kali ini.

Beliau, yang juga Presiden Umno, berkata ia berdasarkan dua negeri itu sebelum ini pernah diperintah BN sebelum dirampas PAS.

“Namun, untuk swing back bagi negeri Kedah dan Terengganu, ia memerlukan syarat, termasuk semua jentera perlu bekerja kuat di semua peringkat,” ujar beliau kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Dalam PRN14 pada 2018, PN-PAS berjaya menawan Terengganu apabila ia memenangi 22 kerusi, sementara Umno hanya menang 10 kerusi.

Untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu yang baru, mana-mana parti politik dan gabungannya perlu memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi untuk mencapai majoriti daripada jumlah keseluruhan 32 kerusi yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan pengundian awal pada 8 Ogos, manakala hari mengundi pada 12 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >