Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Sanisah Huri tetap berbisa hiburkan peminat

May 23, 2023 | 11:20 AM



MESKIPUN salah seorang artis jemputan di acara ‘Syawal Yang Dirindu’ terpaksa menarik diri di saat-saat akhir, namun acara pada Sabtu yang menampilkan biduanita Sanisah Huri sebagai bintang utama tetap berjalan meriah di Anggun On Stevens. Acara ini diiringi muzik secara ‘live’ oleh Moliano Rasmadi dan kugirannya, Moliano In Rock, disokong pemain keyboard Saedah Samat-Alkaff dan dihoskan oleh Hafeez Glamour. 

Dianjurkan oleh SH Group Empire, konsert Raya berserta jamuan yang dihadiri lebih 120 orang, telah dimeriahkan dengan lagu-lagu malar segar nyanyian Sanisah. Penyanyi veteran, Morani Ali, yang juga dikenali sebagai Connie Francis Singapura turut diketengahkan. Morani penuh bertenaga dan memukau hadirin dengan nyanyian dua lagu Inggeris, ‘I Can’t Stop Loving You’ (Tom Jones) dan To Love Somebody (kumpulan Bee Gees).


“Saya amat berbesar hati kerana dapat bersama menghiburkan hadirin dan berkongsi pentas bersama Sanisah Huri. Memang teruja sangat berada di acara ini,” ujar Morani.  

Menurut jurucakap dari SH Group Empire, Cik Rusedah Tawahid, konsert ini merupakan kesinambungan daripada konsert ‘meletop’ Sanisah pada 2022 yang telah diadakan di tempat yang sama. Konsert ini bertujuan untuk peminat berhibur sambil bermesra bersama penyanyi legenda kesayangan ramai ini.


Cik Rusedah mengulas: “Konsert mini Raya ini bertujuan untuk peminat Sanisah Huri bersantai, bergambar dan bergembira sempena akhir Syawal ini. Kami sentiasa mendapat permintaan dari peminat dari dalam dan luar negara untuk terus mengadakan konsert bersama idola mereka. Jadi, ini merupakan oleh-oleh untuk peminat yang sentiasa menyokong karier dan perjalanan muzik penyanyi mapan ini.


“Walaupun penyanyi J. Mizan telah menarik diri di saat-saat terakhir kerana isu peribadi, alhamdulillah, konsert ini tetap berjalan lancar dan sambutan yang kami terima cukup memberangsangkan,” kata Cik Rusedah. 

Bagi Sanisah pula, menghiburkan peminat-peminatnya merupakan waktu yang terindah dan saat yang dihargainya setiap masa. 

“Saya dengan rendah hati berasa amat gembira dengan segala sokongan yang diterima selama ini. Peminat begitu memahami dan terus mendukung dan menyokong kerjaya seni saya, walaupun saya sudah berada lebih lima dekad di arena muzik ini,” jelasnya dengan lembut. 

Antara yang hadir ialah penulis lirik tersohor Malaysia, Datuk Habsah Hassan, pelakon air mata era 70-an, Rubiah Suparman, serta pelakon dan penyanyi tempatan, Fauziah Zie. Pemuzik anak kepada komposer Allahyarham Kassim Masdor, Encik Kasturi Kassim turut hadir bersama isterinya.

Datuk Habsah berkata penyanyi ‘veteran’ yang berpengalaman seperti Morani dan Sanisah tetap mampu menarik perhatian ramai dengan gaya dan tarikan yang tersendiri serta mampu memberikan persembahan yang mantap.   

“Kak Chah (panggilan untuk dirinya) memang tabik penyanyi lama seperti mereka berdua ini. Persembahan tetap bertenaga, dan usia bukan penghalang untuk mereka terus berkarya,” jelas beliau dan juga peniaga dan pemilik Restoran Puteri ini lagi.


Bagi Rubiah, yang pernah membesar di Singapura, Sanisah merupakan teman lama yang telah dikenalnya sejak zaman remaja lagi dan melihat persembahan mereka yang serba boleh ini, Rubiah berasakan otai masih tetap berbisa.

“Saya telah mengenali Sanisah ketika kami berdua masih bersekolah lagi. Saya berani berkata otai ini masih berbisa dan penyanyi baru perlu mengikuti jejak langkah mereka. Ini menunjukkan pengalaman dan kerja keras itu perlu untuk bertahan lama di dalam dunia dan industri hiburan ini,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Swiss Cottage ini lagi dengan penuh ceria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >