Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sats duduki tangga teratas dalam indeks tadbir urus, ketelusan

Aug 1, 2024 | 4:00 PM
Syarikat pengendali lapangan dan katerer Sats menduduki tempat teratas dalam indeks penilaian tadbir urus dan ketelusan tahunan syarikat tersenarai Singapura yang dikeluarkan pada 1 Ogos. 
Syarikat pengendali lapangan dan katerer Sats menduduki tempat teratas dalam indeks penilaian tadbir urus dan ketelusan tahunan syarikat tersenarai Singapura yang dikeluarkan pada 1 Ogos.  - Foto The Straits Times

Syarikat pengendali lapangan dan katerer Sats menduduki tempat teratas dalam indeks penilaian tadbir urus dan ketelusan (SGTI) tahunan syarikat tersenarai Singapura yang dikeluarkan pada 1 Ogos.

Menurut The Buisness Times, Sats naik satu tangga untuk merebut semula kedudukan daripada syarikat telekomunikasi Singtel, yang menduduki tempat pertama dalam indeks tahun lalu.

Bagi amanah pelaburan hartanah (Reit) dan amanah perniagaan, CapitaLand Ascott Trust mendahului indeks 2024.

Secara keseluruhan, prestasi syarikat dan amanah merosot sedikit pada SGTI 2024 berbanding tahun sebelumnya, selepas rangka kerja indeks itu disemak pada 2024 untuk menekankan pendedahan kemampanan.

Indeks itu menyenaraikan syarikat tersenarai Bursa Singapura berdasarkan amalan korporat serta ketepatan masa, kebolehcapaian dan ketelusan pendedahan kewangan mereka.

Ia mempunyai dua kategori: kategori umum yang memberi ranking syarikat tersenarai di Singapura, dan satu lagi bagi Reit serta amanah perniagaan.

Dalam kategori umum, syarikat tersenarai Singapura menerima markah keseluruhan 69.3 mata untuk prestasi dalam bidang hak pemegang saham serta amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Ini lebih rendah daripada 74.8 mata pada 2023.

Dalam kategori Reit dan amanah perniagaan, mereka berada pada 86.6 mata – sedikit lebih rendah daripada 89.3 mata pada 2023.

Tiga entiti berkaitan CapitaLand diletakkan di antara lima teratas dalam kategori tersebut.

Dalam kategori umum, City Developments Limited mendapat tempat kedua, manakala UOB di tempat ketiga.

Singtel, yang meraih mata terbanyak dalam indeks 2023, jatuh ke kedudukan keempat, terikat dengan Keppel.

Syarikat bermodal besar dengan permodalan pasaran melebihi $1 bilion juga mengatasi syarikat bermodal sederhana dan kecil, kajian itu mendapati.

Ini terutamanya dalam bidang pendedahan dan ketelusan, yang menyaksikan syarikat bermodal besar memperoleh 17 peratusan mata lebih tinggi, diikuti oleh kemampanan dan tanggungjawab lembaga pengarah, iaitu 15 peratusan mata lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 78 peratus syarikat dalam indeks menunjukkan prestasi teguh dalam pendedahan berkaitan hak pemegang saham, diikuti kemampanan (67 peratus), dan akauntabiliti dan audit (65 peratus).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg