Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

BERTINDAK TERHADAP PENIPUAN

Sekat penipuan telefon dari luar negara

Jan 11, 2024 | 01:58 PM



Sepanjang tahun lalu, Cik Deanna Lim telah mengamalkan tabiat baru: beliau tidak lagi menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

“Jika terjadi apa-apa kecemasan, saya yakin pemanggil akan menggunakan kaedah lain (seperti Khidmat Pesanan Ringkas atau e-mel) untuk menghubungi saya,” kata perunding kewangan berusia 29 tahun itu.

Mengapa beliau tidak mahu tahu siapa yang memanggil?

Berdasarkan pengalamannya, Cik Lim berkongsi, panggilan tidak diundang itu kebiasaannya disambung dengan mesej suara automatik daripada warga bukan tempatan, mendakwa mereka daripada bank atau agensi pemerintah. Beliau menerima panggilan ‘menjengkelkan’ itu sehingga dua kali seminggu.

“Setelah membaca tentang pelbagai jenis penipuan dalam berita baru-baru ini, panggilan itu jelas berbentuk percubaan menipu.”

Langkah berhati-hati Cik Lim mencerminkan suatu kebimbangan yang semakin meningkat di Singapura, dengan panggilan telefon kekal sebagai salah satu cara utama seseorang penipu menghubungi mangsanya.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan sebanyak 24,525 kes penipuan dilaporkan pada penggal pertama tahun lalu – kenaikan 64.5 peratus daripada tempoh yang sama pada 2022. Daripada jumlah ini, 17.5 peratus merupakan penipuan yang dicatatkan melalui panggilan telefon.

Cik Lim menganggarkan kira-kira 30 peratus daripada panggilan tidak diundang yang diterimanya itu melibatkan nombor antarabangsa, bermula dengan kod panggilan “+81” (kod negara Jepun) dan “+44” (kod negara United Kingdom).

Sejak April 2020, semua panggilan masuk antarabangsa telah ditanda dengan simbol tambah (+) untuk membantu penduduk Singapura mengenal pasti kemungkinan wujud panggilan penipuan dengan lebih baik.

Sejak Disember 2020, semua panggilan antarabangsa yang menyamar sebagai nombor tempatan dengan awalan “+65” juga telah disekat oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan pengendali telekomunikasi tempatan.

Justeru, kebanyakan penipu telah pun menukar taktik penipuannya, kata Pengarah Pejabat Projek Rangkaian IMDA, Encik Tan Fong Chin. Kini, mereka menggunakan nombor antarabangsa dan platform komunikasi yang lain seperti WhatsApp dan Telegram untuk menghubungi mangsa.

Langkah antipenipuan baru


Bagi membanteras peningkatan panggilan penipuan menerusi telefon, pemerintah Singapura memperkenalkan langkah baru pada Jumaat lalu: Pilihan menyekat semua panggilan antarabangsa di telefon bimbit masing-masing.

Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk semua pelanggan pengendali rangkaian telefon bimbit tempatan – Singtel, M1, StarHub dan Simba.

Ia satu kelegaan buat Cik Lim, yang merupakan pelanggan Starhub. “(Langkah baru ini) pasti sangat membantu dalam mengurangkan panggilan penipuan yang tidak diingini.”

Pada masa ini, pelbagai langkah telah diambil oleh syarikat telekomunikasi pada peringkat rangkaian untuk mengenal pasti dan menyekat panggilan berunsur penipuan, termasuklah:

* Panggilan penyamaran sebagai agensi atau badan pemerintah tertentu, atau panggilan yang disenaraihitamkan oleh IMDA

* Panggilan yang dibuat menggunakan sistem berkomputer dan mempamerkan kekerapan panggilan yang luar biasa, juga dikenali sebagai ‘robocalls’

* Semua panggilan antarabangsa yang menyamar, menggunakan nombor Singapura (bermula dengan “+65”). Panggilan yang menggunakan nombor tempatan, seperti panggilan pengguna Singapura yang melancong ke luar negara dan menelefon ke rumah, masih akan diterima dan akan menunjukkan awalan “+65”

IMDA menyatakan bahawa langkah tersebut telah membantu mengurangkan pendedahan panggilan penipuan kepada penduduk Singapura. Lebih 300 juta panggilan telah disekat oleh syarikat telekomunikasi antara Januari dengan September tahun lepas.

Hal ini bermaksud, satu daripada setiap empat panggilan masuk daripada nombor antarabangsa telah pun disekat.

Langkah baru itu bertujuan menguruskan risiko penipuan yang selebihnya.

Encik Tan daripada IMDA menjelaskan: “Walaupun langkah sedia ada berkesan menyekat (panggilan masuk antarabangsa yang menyamar) nombor Singapura, penipu mungkin masih cuba menghubungi mangsa mereka dengan panggilan yang dilakukan atau kelihatan dihubungi dari negara lain.

Langkah terbaru itu merupakan pencapaian besar untuk melindungi pengguna dengan membenarkan mereka memilih, sama ada mereka mahu terus menerima panggilan daripada nombor antarabangsa ataupun tidak.

IMDA sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan untuk melanjutkan pilihan menyekat SMS daripada nombor antarabangsa menjelang pertengahan 2024.

Sementara pemerintah terus melaksanakan langkah-langkah seperti pilihan sekatan panggilan antarabangsa, kewaspadaan dan kebijaksanaan orang awam tetap menjadi kunci untuk melindungi semua daripada penipuan,” kata Superintenden Polis Matthew Choo, Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, SPF.

Bolehkah anda mengenal pasti sesuatu penipuan? Lakukan tinjauan ringkas ini untuk mengetahui sejauh mana masyarakat kita dapat mengenal pasti skim penipuan yang berlaku di negara ini. https://surveys.lifepointspanel.com/survey/selfserve/1a9b/2312428?list=…




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >