Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

SG Lebih Sihat taruhan terbaik pastikan jagaan kesihatan berpatutan: Ye Kung

Oct 31, 2023 | 07:45 PM



Pelan SG Lebih Sihat, yang membantu penduduk di sini menjalani kehidupan lebih sihat, adalah taruhan terbaik Singapura bagi memastikan penjagaan kesihatan berpatutan, bermutu tinggi dan boleh diakses sedang ia cuba mengurus sistem penjagaan kesihatan yang dibebani dengan penduduk yang pesat meningkat usia.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata demikian di Forum Dasar Ekonomi Singapura ke-15, yang diadakan di hotel Voco Orchard pada Selasa.

Acara 2023 itu dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Singapura, dengan kerjasama Universiti Teknologi Nanyang.

Namun, SG Lebih Sihat, yang mendapat pendanaan sehingga $400 juta setahun, mungkin tidak mencukupi untuk negara ini mencapai status Zon Biru 3.0​ dipertingkat, yang mengecilkan jurang antara jangka hayat dengan jangka kesihatan.

Ia merupakan istilah yang Encik Ong cipta selepas Singapura dimasukkan ke senarai Zon Biru – lokasi geografi dengan jangka hayat tertinggi di seluruh dunia.

“Kami memikirkan cara lain, seperti membezakan premium insurans antara mereka yang mempunyai dan tidak mempunyai gaya hidup yang sesuai.

“Kami sedang mempertimbang langkah-langkah kawal selia untuk mengurangkan pengambilan sodium,” kata Encik Ong.

Singapura juga melaburkan satu lagi program nasional, yang dipanggil Sihat Menua SG, untuk membantu warga emas membina rangkaian sosial dan menjalani gaya hidup aktif dalam masyarakat untuk melawan kesunyian.

“Kami berharap dapat menangguhkan dan mengelak langkah meletakkan seramai mungkin warga emas ke rumah-rumah jagaan. Apabila mereka tinggal di rumah jagaan, kesihatan mereka semakin merosot,” katanya.

Kementerian Kesihatan (MOH) mahu melihat lebih ramai ahli ekonomi menumpukan masa dalam bidang ekonomi kesihatan.

“Ini boleh sama ada dalam bentuk menyusun strategi peruntukan sumber yang terhad, menyelesaikan masalah pengurusan antara pembayar, pembekal dan pesakit, atau menggunakan cara lebih berkesan untuk mendorong orang ramai mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” kata Encik Ong.

Lantaran itu, beliau berkata MOH sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah pejabat ekonomi.

Semasa berbincang tentang prinsip ekonomi penjagaan kesihatan utama, Encik Ong menambah, salah satu perkara utama adalah bergantung pada cara berbeza untuk menyokong penjagaan kesihatan, termasuk subsidi pemerintah, insurans dan juga kedermawanan.

Satu lagi adalah memanfaatkan teknologi perubatan. Kemajuan teknologi seperti penjagaan kesihatan digital kini membantu orang ramai mengamalkan penjagaan pencegahan dan holistik dengan cara yang mudah dan kos efektif.

Kini juga ada ubat dan rawatan baru yang boleh membantu beberapa pesakit dengan penyakit tertentu, tetapi pada harga tinggi.

Memberi subsidi bagi rawatan tersebut membawa kesan yang besar, kerana wang itu boleh dibelanjakan di bahagian lain – untuk pendidikan, pengangkutan awam, taman atau pertahanan.

Purata jangka hayat Singapura dan tempoh hayat pelarasan kesihatan Singapura adalah antara yang tertinggi di dunia.

Namun, negara ini membelanjakan kurang 5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) setiap tahun untuk penjagaan kesihatan, kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan negara membangun lain secara purata, kata Encik Ong.

Namun, sistem penjagaan kesihatan perlu disesuaikan kepada realiti baru, tambahnya.

Kos penjagaan kesihatan perlu ditanggung masyarakat secara keseluruhan, dan bagaimana ia dilakukan memberi kesan kepada prestasi sistem penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >