Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

SingPost akan naikkan harga pos antarabangsa sebanyak 5 sen

Dec 07, 2023 | 02:14 PM



Syarikat penghantaran surat dan bungkusan SingPost akan menaikkkan harga bagi kiriman kebanyakan surat udara, kertas bercetak, aerogram dan poskad antarabangsa sebanyak 5 sen mulai 1 Januari 2024.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi kenaikan harga itu. Ini termasuk harga bagi kiriman aerogram (surat udara ringan dan berlipat) ke Malaysia dan Brunei yang kekal pada 80 sen setiap pucuk surat, di samping bayaran yang tidak berubah bagi berat tambahan.

Harga baru untuk aerogram yang dikirim ke semua negara kecuali Malaysia dan Brunei ialah 85 sen, naik daripada 80 sen sekarang, lapor The Business Times (BT).


Pada 7 November, penyedia perkhidmatan pos itu berkata kenaikan harga yang bakal diperkenalkan itu adalah hasil semakan yuran tahunan oleh Universal Postal Union, yang menyebabkan kenaikan kepada harga bayaran pos antarabangsa secara berperingkat selama bertahun-tahun.

Yuran tersebut perlu dibayar kepada organisasi di negara destinasi yang menyediakan khidmat penghantaran surat dan bungkusan.

Kenaikan harga 5 sen oleh SingPost itu dikenakan kepada zon 1 (Malaysia dan Brunei), zon 2 (negara Asia dan Pasifik kecuali Australia, Jepun dan New Zealand) dan zon 3 (Australia, Jepun, New Zealand dan negara lain di seluruh dunia).

Bagi penghantaran mel yang terdiri daripada surat dan kertas bercetak ke destinasi zon 1, harga kiriman akan dinaikkan kepada 85 sen daripada 80 sen sekarang, bagi mel hingga berat maksimum 20 gram; $1.05 bagi mel hingga 50 gram daripada $1 sekarang; dan $1.45 bagi mel hingga 100 gram daripada $1.40 sekarang.

Bagaimanapun, harga bagi setiap 100 gram tambahan bagi mel yang dihantar ke destinasi zon 1 kekal tidak berubah pada $1.10.

Sekeping poskad yang dikirim ke zon ini akan dikenakan harga 75 sen berbanding 70 sen sekarang.

Harga penghantaran surat dan bungkusan ke destinasi zon 2 akan dinaikkan kepada 95 sen daripada 90 sen bagi 20 gram pertama.

Bagaimanapun, bayaran bagi setiap 10 gram tambahan kekal tidak berubah pada 25 sen.

Sekeping poskad yang dikirim ke zon 2 akan dikenakan harga 85 sen berbanding 80 sen sekarang.

Harga kiriman surat dan bungkusan ke destinasi zon 3 dinaikkan kepada $1.55 bagi 20 gram pertama, berbanding $1.50 sekarang, dengan harga 35 sen bagi setiap tambahan 10 gram kekal tidak berubah.

Sekeping poskad yang dikirim ke zon ini dikenakan harga lebih tinggi 85 sen, berbanding 80 sen sekarang.

Berat maksimum bagi surat dan barangan yang dikirim ke ketiga-tiga zon ini ialah 2 kilogram.


Pada akhir 2022, SingPost mengumumkan ia akan menaikkan harga pos, penghantaran bungkusan dan penghantaran bungkusan ke depan pintu mulai 1 Januari 2023, seiring dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >