Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Sumbangan mantan pengurus kelab masyarakat pupuk harmoni kaum dihargai

Nov 26, 2023 | 05:32 AM



Menjalin hubungan erat bersama anggota masyarakat berbilang kaum menjadi satu amalan di Masjid Ar-Raudhah.

Hubungan yang terbentuk antara Masjid Ar-Raudhah dengan mantan Pengurus Kanan di Kelab Masyarakat Bukit Batok, Encik Lim Siong, menjadi bukti ikatan erat antara masyarakat pelbagai bangsa.

Hubungan itu sejajar dengan hasrat penyatuan masyarakat majmuk. Ia juga dapat memenuhi keinginan Masjid Ar-Raudhah sebagai masjid mesra masyarakat, termasuk dengan golongan bukan Islam.

Baru-baru ini, Masjid Ar-Raudhah mengadakan acara penghargaan khas buat Encik Lim Siong sempena persaraannya pada 19 November lalu.

Justeru, Masjid Ar-Raudhah menzahirkan penghargaan kepada Encik Lim Siong yang diraikan dalam majlis ‘Farewell Breakfast’, atas sumbangan beliau menerusi Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah.

Terdahulu, Encik Lim Siong bersama-sama rakan peniaga bukan Islam telah menyumbang kepada usaha pengumpulan dana pembangunan masjid sejak tiga tahun lalu sehingga mencapai kutipan dana sebanyak $70,950.00.

GALAK KEHARMONIAN KAUM

Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohamad, berkata masjid dapat menjalin hubungan yang baik dan sokongan padu daripada masyarakat luar melalui kerjasama yang dijalin antara Encik Lim Siong dengan Masjid Ar-Raudhah.

“Mengetepikan segala perbezaan, Encik Lim Siong terdorong mahu turut serta dalam usaha mengumpul dana Masjid Ar-Raudhah sejak beberapa tahun lalu.

“Secara tidak langsung, hubungan baik antara Encik Lim Siong dengan Masjid Ar-Raudhah telah mempromosikan keharmonian kaum dan projek kemasyarakatan di Bukit Batok.

“Oleh itu, Masjid Ar-Raudhah sangat menghargai sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi sepanjang Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah dilaksanakan.

“Selain bekerjasama dengan Kelab Masyarakat Bukit Batok, Unit Penglibatan Masyarakat Masjid Ar-Raudhah turut melaksanakan kerjasama dengan Kelab Masyarakat Hillview, Kelab Masyarakat Hong Kah North, Kelab Masyarakat Bukit Batok East dan Kelab Masyarakat Keat Hong demi menggalak perpaduan di Singapura,” jelas Cik Maszita.

RAPATKAN JURANG PERBEZAAN

Turut memuji usaha tersebut, Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, memberitahu Berita Harian (BH), peranan golongan bukan Islam seperti Encik Lim Siong dan rakan-rakannya dalam menggerakkan usaha mengumpul dana, wajar dicontohi oleh seluruh masyarakat di Singapura.


“Masjid telah menjadi instrumen yang baik bagi menyemarakkan keharmonian kaum antara golongan Islam dengan bukan Islam.

“Walaupun berbeza pendapat dan pegangan, ia bukanlah satu penghalang untuk masyarakat di sini saling bersatu padu dalam meningkatkan kesejahteraan serta mutu kehidupan sosial.

“Sumbangan yang dilakukan oleh Encik Lim Siong dan rakan-rakan niaganya cukup bermakna untuk melancarkan proses pengumpulan dana peningkatan yang sedang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah.

“Selain itu, semangat toleransi dan mesej perpaduan yang disampaikan oleh mereka mengukuhkan lagi hubungan baik antara masjid dengan golongan bukan Islam, sekali gus dapat merapatkan jurang perbezaan dan pemikiran masyarakat pelbagai kaum,” ujar beliau

HULUR DERMA


Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantar cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg.

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian 6899-5840 atau layari laman web, arraudhahmosque.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >