Surat Iswaran nyata pulang gaji menteri, elaun AP
17 Januari 2024
Encik Lee Hsien Loong
Perdana Menteri
Republik Singapura
Kepada Perdana Menteri
Saya merujuk kepada surat peletakan jawatan saya bertarikh 16 Januari 2024.
Sebagai susulan kepada surat itu, saya menulis untuk memaklumkan anda bahawa walaupun saya tidak diminta berbuat demikian, saya akan memulangkan semua wang yang saya terima menerusi gaji sebagai Menteri dan elaun sebagai Anggota Parlimen (AP) sejak Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memulakan siasatan pada Julai 2023.
Saya melakukan ini walaupun saya menolak tuduhan itu dan tidak bersalah. Keluarga saya dan saya memutuskan untuk memulangkan wang itu kerana kami, mengikut naluri hati kami, tidak boleh menerima manfaat daripadanya, ketika saya tidak dapat melaksanakan tugas saya sebagai Menteri dan AP, atas sebab siasatan ini.
Ini juga adalah perkara baik untuk dilakukan bagi Singapura dan sejajar dengan piawaian wibawa tinggi pemerintah.
Secara pasti, saya tidak berhasrat meminta wang itu dipulangkan jika, seperti yang saya yakin, saya dibebaskan daripada tuduhan kelak.
Yang ikhlas
S Iswaran

