Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Siasatan CPIB terhadap Iswaran selesai, kes kini dengan AGC: Chun Sing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan CPIB terhadap Iswaran selesai, kes kini dengan AGC: Chun Sing

Jan 09, 2024 | 08:45 PM



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sudah menamatkan siasatannya terhadap Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran dan kes tersebut kini diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Demikian menurut Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa.

Cik Poa telah meminta maklumat terkini mengenai siasatan melibatkan Encik Iswaran itu di Parlimen pada 9 Januari.

Dalam jawapan bertulis bagi pihak Perdana Menteri, Encik Chan berkata:

“Saya faham terdapat banyak perhatian awam terhadap perkara ini. Saya ingin memberi jaminan bahawa kes ini akan melalui proses undang-undang yang sewajarnya.”

Beliau berkata CPIB telah menyelesaikan siasatan yang “teguh dan teliti” dan perkara itu kini sedang disemak oleh AGC.

Encik Iswaran telah ditangkap CPIB pada 11 Julai 2023. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Dalam temu bual dengan The Straits Times dan akhbar Cina Lianhe Zaobao pada 8 Januari, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee menyifatkan siasatan rasuah itu sebagai “perkembangan yang sangat membimbangkan”, sambil menambah bahawa kes itu telah memberi kesan besar kepada GRC West Coast.


GRC West Coast terdiri daripada lima divisyen – Ayer Rajah-Gek Poh, Boon Lay, Nanyang, Telok Blangah dan West Coast.

Encik Lee menyelia wad Boon Lay sementara Encik Iswaran bertanggungjawab ke atas wad West Coast.

Siasatan rasuah itu berpunca daripada satu penyiasatan awal yang tidak berkaitan mengenai satu perkara berasingan. Butiran lanjut mengenai apa yang disiasat ke atas Encik Iswaran masih belum dikeluarkan.

Pada Julai 2023, Encik Iswaran telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk mengambil cuti sehingga selesai siasatan.

Encik Iswaran telah dikurangkan gaji bulanannya kepada $8,500.

Pun begitu, dia terus menerima elaunnya sebagai Anggota Parlimen (AP).

Hartawan hartanah, Encik Ong Beng Seng, turut ditahan pada 11 Julai 2023 sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah itu.

Encik Iswaran dilantik ke Parlimen pada 1997 sebagai AP GRC West Coast, di mana beliau telah berkhidmat selama 26 tahun.

Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi menteri di Pejabat Perdana Menteri pada 2011 dan pernah memegang jawatan menteri di Kementerian Pendidikan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >