Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Suri rumah tambah ilmu dalam program lawatan ke masjid

Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Masjid Hasanah tidak ketinggalan melakar sebuah program lawatan ke dua masjid di kawasan barat dan utara untuk suri rumah, khususnya bagi penduduk di kawasan Teban dan Pandan Gardens serta Yishun.

Buat julung-julung kalinya, lawatan ke Masjid An-Nahdhah dan Masjid Hang Jebat yang diadakan pada 2 Ogos 2023 lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

Tujuan utama program ini adalah mahu mewujudkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kegiatan yang lazim diadakan di masjid-masjid di Singapura, sekali gus dapat melihat prasarana yang berlainan bagi sesebuah masjid.

Peserta juga dapat menimba ilmu dengan memahami agama-agama lain, selain daripada agama Islam, menerusi lawatan ke Pusat Harmoni yang terletak di Masjid An-Nahdhah di Bishan.

Salah seorang peserta, Cik Adilah Sani, 69 tahun, seorang suri rumah, telah berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai program kendalian Masjid Hasanah itu.

Beliau berkata: “Dengan adanya lawatan ini, saya dapat melihat perbezaan antara kedua-dua masjid.

“Masjid An-Nahdhah adalah sebuah masjid yang berunsurkan kemodenan dan dibina di kawasan perumahan, manakala Masjid Hang Jebat dibina berdekatan dengan landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) lama, yang dikelilingi pokok-pokok besar dan serba kehijauan.

“Walaupun prasarana kedua-duanya berbeza, ia masih dapat mengadakan program sama seperti masjid-masjid lain, khususnya kelas bimbingan agama, kegiatan kemasyarakatan dan sebagainya.”

Selain menimba ilmu agama melalui tazkirah oleh Ustaz Syed Ali, beliau juga berjaya mendaki bukit di kawasan belakang Masjid Hang Jebat sebagai salah satu acara senaman yang diadakan pada hari itu.

Menurut seorang lagi peserta program, Cik Normah Hassan, 68 tahun, beliau amat gembira mengikuti program lawatan ke masjid tersebut.

“Ini kali pertama saya melawat Masjid Hang Jebat dan berkenalan dengan warga kerja di sana yang peramah dan mudah berkongsi pendapat.

“Pengalaman mendaki hutan buat kali pertama juga tidak dapat dilupakan bersama warga kerja Masjid Hang Jebat, khususnya Ustaz Muhammad Suhaili Hilmi dan Ustaz Muhassan Ariffin, Pengurus Masjid Hang Jebat.

“Saya turut berpeluang menimba ilmu di Pusat Harmoni dengan memahami agama dan kepercayaan lain di Singapura termasuk Taoism, Bahai Faith, Sikhism dan lain-lain lagi.

“Diharapkan, program sebegini akan dilanjutkan agar penduduk berkesempatan mengetahui dan mengenal sesebuah masjid, di samping memperoleh ilmu yang bukan hanya boleh didapati melalui buku-buku atau kelas-kelas agama,” jelasnya.

CARA HULUR SUMBANGAN KEPADA DANA MASJID


1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’. Poskan cek ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirim.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >