Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

POS TKI LOGISTICS PTE LTD

Syarikat logistik setempat tebar sayap, kini anjur konsert rok

Aug 25, 2023 | 05:31 AM



Syarikat POS TKI Logistics Pte Ltd yang menawarkan khidmat penghantaran barang dari Singapura ke Indonesia bakal menyediakan dua khidmat baru dalam usaha mengembangkan syarikat tersebut.

Pertama, ia akan menawarkan khidmat mengimport kiriman barang dari Indonesia ke Singapura.

Kedua dan lebih menarik lagi, syarikat ini bakal menyediakan pakej umrah dan wisata di Nusantara, kendalian anak syarikatnya, Pos TKI Travel & Tours.

Kededua khidmat itu bakal dilancarkan dalam tempoh sebulan dua nanti.

Menurut Pengarah syarikat, Encik Mohamed Anwar Tahar, beliau membuat keputusan menyediakan dua khidmat baru berdasarkan kepakaran syarikatnya yang mahir dalam bidang logistik dan pelbagai daerah berbeza di Indonesia.

“Selepas 18 tahun menubuhkan firma POS TKI, kini kami sudah bersedia mengirim barang dari Indonesia ke Singapura pula, serta melanjutkan lagi kepakaran kami dalam bidang logistik.

“Ini juga dapat memberi kemudahan kepada pengguna, peniaga dan pembantu rumah dari Singapura dan Indonesia,” kata Encik Anwar.

Mengulas pula tentang anak syarikatnya, POS TKI Travel & Tours, Encik Anwar berkata:

“Oleh sebab kami sudah biasa dengan pelbagai daerah berbeza di Indonesia, kami akan bekerjasama dengan sebuah agensi pelancongan di Singapura untuk menawarkan pakej wisata menarik di Indonesia dan negara Nusantara serta pakej umrah.”

Usaha menyediakan dua khidmat baru itu juga adalah sebahagian daripada rancangan baru pelapis syarikat tersebut, pengurus pembangunan perniagaan dan juga anak Encik Anwar, Encik Mohamed Farhan Anwar.

“Saya dan Farhan fikir khidmat lanjutan baru ini akan membantu mengekalkan pekerja di syarikat kami.

“Kami mahu mereka berasa bangga bekerja di sebuah syarikat yang sentiasa berkembang dan pada masa yang sama, membolehkan mereka terus mempertingkat diri dan memberi mereka jaminan bahawa mereka mempunyai pekerjaan yang stabil,” kata Encik Anwar.

Salah seorang pekerja yang telah melihat syarikat ini berkembang ialah penolong pengurus besar, Cik Roziana Ibrahim, yang telah bertugas di syarikat itu selama 14 tahun.

“Saya gembira melihat syarikat ini berkembang sepanjang bekerja selama 14 tahun di sini dan saya ghairah kerana dilibatkan sama dalam projek baru untuk mengimport barang dari Indonesia ke Singapura.

“Justeru, kami sedang membuat persiapan bagi kempen pemasaran tentang khidmat import baru ini dan memastikan agar semuanya akan berjalan lancar nanti,” kata Cik Roziana.

Beliau juga menambah, selain daripada berasa bangga di syarikat yang kian berkembang, pekerja di syarikat itu juga bekerjasama seperti sebuah keluarga besar.

Menurut pengurus operasi syarikat, Encik Sahmil Isa, Encik Anwar juga memastikan ada sifat kepercayaan antara pekerja dengan syarikat.

Malah, seorang pemandu syarikat itu pernah memberitahunya bahawa Encik Anwar telah mendapat tahu bahawa pemandu itu menjaga saudara kandungnya yang kurang sihat dan Encik Anwar telah ke rumah pemandu itu untuk menjenguk keadaan saudara kandungnya itu.

Syarikat POS TKI ditubuhkan pada 2005 dengan modal perniagaan berjumlah $1,200 dengan dua pegawai perkhidmatan pelanggan, dua pegawai gudang dan dua pemandu.

Ia kini dianggap sebagai peneraju pasaran bagi khidmat pengiriman barang dari pintu ke pintu dari Singapura ke Indonesia, dengan dua gudang di Singapura dan dua di Indonesia serta seramai 35 pekerja.

Salah satu kunci kejayaan mereka ialah membolehkan klien, segolongan besarnya golongan pembantu rumah Indonesia, memilih salah satu daripada empat ukuran kotak untuk pengiriman barang daripada mengenakan bayaran berdasarkan jumlah saiz bungkusan itu.

Syarikat ini juga mempunyai pasukan penghantaran yang cekap di Indonesia.

Selain itu, ia turut menubuhkan sekolah, masjid, pesantren dan musala di kawasan Jawa dan Batam. Mereka juga menyediakan khidmat ambulans di Cilacap, Jawa Tengah untuk penduduk kampung.

KONSERT ‘RIBUT – LIMA DEKAD SWEET CHARITY’

Buat julung-julung kalinya, syarikat POS TKI Logistics Pte Ltd, mempersembahkan konsert ‘Ribut – Lima Dekad Sweet Charity’ dengan kerjasama syarikat acara dan hiburan, Jive, dan Pusat Persembahan Seni, The Star Theatre.

Menurut Encik Anwar, idea mengadakan konsert itu tercetus selepas beliau menyaksikan persembahan penyanyi veteran, Datuk Ramli Sarip, pada persembahan amal masyarakat pada tahun ini.

“Teman saya, ketua band Jive’ Talking, Raffy Aspier, yang menyarankan idea menganjurkan konsert buat Sweet Charity dan selepas mempertimbangkannya, saya membuat keputusan syarikat saya mempersembahkan konsert ini,” jelas Encik Anwar.

Kumpulan rok tanah air, Sweet Charity, terdiri daripada veteran rok, vokalis, Datuk Ramli Sarip; pemain gitar utama, Rosli Mohalim; pemain dram, Rahman Sarbani dan pemain keyboard, Ahmad Jaafar.

Mereka akan menyampaikan irama baru lagu-lagu kegemaran ramai seperti Kamelia, Teratai dan Sejuta Wajah sepanjang konsert selama dua jam 35 minit itu.


Pengurus operasi syarikat dan juga pengurus konsert tersebut, Encik Sahmil, berkata matlamatnya kini ialah memastikan konsert itu diketahui setiap anggota masyarakat Melayu melalui kempen pemasaran.

Sejauh ini, ia telah menerima sambutan menggalakkan dan mengalu-alukan sokongan padu masyarakat untuk menikmati konsert daripada seniman veteran rok tanah air kita.

Konsert ‘Ribut – Lima Dekad Sweet Charity’ akan diadakan pada 14 Oktober ini bertempat di The Star Theatre. Tiket berharga $48, $68, $88, $108, $158 serta $188 ditawarkan. Lungsuri laman web www.sistic.com.sg atau hubungi talian Sistic, 6348-5555.

Untuk pertanyaan bagi kiriman barangan anda ke luar negara pula, sila hubungi talian 6297-4805.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >