Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Teo: DFS sepatutnya uruskan pemberhentian pekerja dengan lebih baik

Sep 29, 2019 | 12:00 PM



SYARIKAT DFS Group seharuskan mengendalikan pemberhentian pekerjanya dengan lebih baik, terutama cara ia berkomunikasi degan pekerja dan bagaimana mereka ditawarkan pakej pampasan, menurut Menteri Tenaga Manusia (MOM), Cik Josephine Teo.

Dalam posnya di Facebook pada Sabtu (28 Sept), beliau berkata Pasukan Bertindak Yang Bertanggungjawab Terhadap Pemberhentian Kerja dan Penyelarasan Pekerjaan telah membantu pekerja yang terjejas dengan pembuangan kerja di
T Galleria by DFS in Scotts Road.

Beliau menambah Pakatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif turut bekerja sama dengan DFS.

"Syarikat itu kini menyesuaikan pendekatan mereka dan mengambil langkah wajar bagi menangani keprihatinan pekerja yang terjejas,'' tambahnya.

Jurucakap DFS Group memberitahu The Straits Times (ST) bahawa langkah memberhentikan pekerja adalah keputusan yang sukar.

"Tumpuan kami ialah menjalankan dialog dengan pekerja yang terjejas dan memastikan mereka diberi bantuan dalam tempoh sukar ini,'' tambah jurucakap itu.

Namun, jurucakap itu enggan memberikan jumlah pekerja yang terjejas.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >