Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PERDAUS

Terap pengetahuan agama di luar bilik darjah kepada kanak-kanak, belia

Nov 26, 2023 | 05:31 AM



Pusat pembelajaran Islam setempat, Perdaus kerap mengendalikan kelas-kelas di luar bilik darjah.

Antara yang menarik, Perdaus mengadakan lawatan lapangan atau ‘field trip’, ke pantai East Coast bagi kanak-kanak madrasah mingguan di Madrasah Perdaus.


Antara pelajar yang telah mengikuti program itu ialah ‘Abdunnur Khan, murid berusia lapan tahun yang bersama rakan-rakannya yang lain.

Tujuan lawatan itu, adalah bagi kanak-kanak menghayati kewajipan sebagai Muslim walau di mana sahaja.

Murid-murid itu juga didedahkan dan diajar cara mengambil wuduk menggunakan air laut dan bersolat secara berjemaah di tepi pantai.

Menurut Eksekutif Kanan, Perkhidmatan Korporat (Organisasi Strategi, Pembangunan dan Transformasi) di Madrasah Perdaus, Cik Khatim Hamidon, kegiatan sebegitu mampu memberikan pendekatan pembelajaran yang menarik, berdasarkan pengalaman demi meningkatkan pemahaman agama di luar bilik darjah.

Pendekatan pembelajaran seperti itu mempunyai kesan lebih mendalam pada pelajar, bermula daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah, hingga program posmenengah Perdaus, seperti Sijil Pengajian Islam Belia (SPIB).

Pendekatan di luar bilik darjah itu juga diterapkan untuk memupuk identiti diri pelajar dengan harapan dapat membina keyakinan dan persaudaraan.

Ia diharap dapat membentuk individu Muslim yang menjadi pemimpin gemilang dalam kalangan masyarakat Islam setempat.

Selain itu, pelajar juga dapat menjalani bengkel, kegiatan dan perkhemahan nilai tambah yang bertujuan memberi isi kandungan yang lebih mendalam di samping konteks yang lebih mudah dihayati.

Contohnya, bagi tajuk pembelajaran fiqah dan akhlak, Madrasah Perdaus telah mengadakan satu bengkel istimewa yang dikendalikan pakar, untuk pelajar Menengah 1 tentang hubungan teruna dara, atau ‘BGR’, iaitu hubungan antara lelaki dengan perempuan.

Dengan itu, diharap pelajar faham dan menghayati landasan agama, kesedaran emosi dan mental, selain disiplin diri.

“Pembelajaran di Mingguan Perdaus dilakar bagi konteks di luar bilik darjah juga, agar pelajar-pelajar ini terdedah kepada pembelajaran yang lebih menarik serta mudah difahami dan mampu diterapkan bagi kehidupan harian.

“Selain itu, kami juga turut mengadakan bengkel istimewa untuk remaja seperti perhubungan antara lelaki dengan perempuan, atau ‘BGR’, dan menyentuh tentang aspek keperluan dalam Islam.

Dengan pendedahan sebegitu, mereka akan memahami erti kehidupan menjadi Muslim sejati dan lebih berjaya.

“Madrasah Perdaus juga menyakini bahawa ujian sebenar adalah ketika pelajar berinteraksi dengan masyarakat di luar dan menerapkan pengetahuan yang mereka peroleh di madrasah ini,” jelas Cik Khatim.

Mudirah Madrasah Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid, menyatakan bahawa penilaian dilakukan bagi setiap pelajar secara praktikal dan hafalan.

“Untuk penilaian kami di Madrasah Perdaus dan bagi Sijil Pengajian Islam Belia (SPIB), cara pendekatan yang kami gunakan adalah formatif. Misalnya, dalam peringkat rendah dan menengah, kami menilai prestasi pelajar secara praktikal dan juga hafalan surah mereka.”

“Kami percaya bahawa pendekatan penilaian seperti ini lebih berkesan kerana pelajar tidak berasa tertekan dengan ujian tradisional,” kata Ustazah Farhana.

Dengan pendekatan yang lebih berkesan itu, harapan Ustazah Farhana adalah pelajar Madrasah Perdaus akan mampu mengamalkan pengetahuan yang lebih menyeluruh.

Selain itu, pelajar-pelajar ini kelak berperanan dalam menyampaikan pengetahuan kepada orang lain.

MAKLUMAT


Anda boleh melungsuri laman sosial Perdaus di perdaus.org.sg, bagi mendapatkan maklumat terkini tentang program-program Perdaus atau untuk mendaftarkan anak anda ke Madrasah Perdaus bagi kelas tadika, rendah atau menengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >