Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tetra Pak tutup kilang S’pura, 300 pekerja terjejas

Feb 28, 2024 | 04:57 PM



Syarikat pemprosesan dan pembungkusan makanan Tetra Pak akan menutup kilangnya di Jurong, satu langkah yang akan menjejas kira-kira 300 pekerja berpangkalan di Singapura, terutamanya dalam perkilangan.

Syarikat itu berkata pada 27 Februari, ia sedang menyatukan pengeluaran bahan pembungkusannya yang berpangkalan di Singapura ke kilang-kilangnya yang lain di rantau ini dalam 12 bulan akan datang.

Ini sebahagiannya merupakan tindak balas kepada “dinamik pasaran yang berubah”.

Kesatuan Gabungan Pekerja Makanan dan Minuman (FDAWU), yang merupakan kesatuan sekerja bagi Tetra Pak di Singapura, berkata syarikat itu telah bekerjasama rapat dengannya untuk membantu pekerja terjejas, yang akan diberikan pakej sokongan pemberhentian sejajar dengan norma kesatuan.

FDAWU berkata hasil perbincangan yang diadakan, mereka “dapat menyelaraskan pakej sokongan pemberhentian pekerja lebih baik untuk pekerja terjejas”.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Tetra Pak berkata ia kekal komited kepada pasaran Singapura dan akan mengekalkan pejabat di sini, yang mengendalikan fungsi seperti pengurusan perniagaan, sumber manusia dan pemasaran.


Jurucakap Tetra Pak berkata: “Kami akan berpindah ke lokasi baru, terhubung dengan baik dan mudah diakses di Singapura.

“Singapura akan terus menjadi tuan rumah salah satu pejabat terbesar kami di Asia-Pasifik, dengan kapasiti hingga 250 orang.”

“Kami memahami dan menyedari bahawa ini bukan mudah untuk pekerja kami. Syarikat ini telah menimbangkan setiap pilihan untuk memberikan pakej sosial terbaik bagi mereka,” tambahnya.

Setiausaha agung FDAWU, Encik Tan Hock Soon, berkata:

“Melalui hubungan kerja rapat FDAWU dengan Tetra Pak, syarikat itu memberi pemberitahuan awal mengenai langkah penyatuan dan menyelaras dengan kami untuk memberikan sokongan yang mencukupi kepada pekerja yang diberhentikan dan memudahkan peluang pekerjaan bagi pekerja terjejas.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >