Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemberhentian pekerja Lazada: Kakitangan terjejas diberi pakej sokongan dipertingkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberhentian pekerja Lazada: Kakitangan terjejas diberi pakej sokongan dipertingkat

Syarikat e-dagang dan kesatuan temui jalan penyelesaian demi kepentingan pekerja
Feb 04, 2024 | 07:37 PM



Kakitangan Lazada yang diberhentikan baru-baru ini akan mendapat “pakej sokongan yang dipertingkatkan” berikutan perbincangan antara syarikat e-dagang itu dengan pihak kesatuan pekerja.

Dalam satu kenyataan bersama pada 4 Februari, Lazada, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan anggota gabungannya, Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Makanan dan Minuman (FDAWU) berkata bahawa “penyelesaian secara baik” telah dicapai, dengan pakej itu digunakan untuk membantu ahli kesatuan terjejas yang layak.

Lazada juga telah menubuhkan satu dana latihan khas untuk FDAWU menyediakan pekerjaan dan sokongan daya kerja untuk ahli yang terjejas dengan kerjasama e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) NTUC.

Menegaskan bahawa “semua pertimbangan dipandang serius dan perlunya mengutamakan kepentingan pekerja”, Lazada dan FDAWU berkata mereka akan terus bekerja rapat untuk menangani keperluan dan kebimbangan pekerja yang terjejas.

“Lazada memberikan pengiktirafan langsung FDAWU pada Oktober 2020. Ini bermakna sebagai kesatuan yang diiktiraf secara sah untuk Lazada, FDAWU boleh mengadakan perbincangan lanjut dengan Lazada untuk mendapatkan hasil yang lebih baik untuk ahli kesatuan FDAWU,” kata kenyataan itu.

“FDAWU juga mengiktiraf bahawa terdapat ahli cawangan am yang terjejas daripada entiti Lazada lain yang bukan kesatuan.

“Walaupun ini adalah entiti bukan kesatuan, FDAWU berharap dapat menyokong ahli cawangan am yang layak,” tambahnya.

Lazada juga telah bersetuju untuk mengekalkan saluran komunikasi terbuka dengan FDAWU, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 4 Februari.

Ia menambah bahawa semua majikan harus “bertindak secara bertanggungjawab” apabila mempertimbangkan langkah penjimatan kos, dengan pemberhentian kerja sebagai pilihan terakhir.

Pekerja Lazada yang diberhentikan pada mulanya diberitahu bahawa mereka akan menerima gaji dua minggu untuk setiap tahun perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, FDAWU berkata pada 6 Januari bahawa ia tidak mendapatinya memuaskan dan sedang berunding bagi manfaat tambahan untuk pekerja terjejas yang layak. 

Perkembangan terkini pada 4 Februari muncul selepas FDAWU berkata ia kecewa kerana tidak dimaklumkan atau dirujuk sebelum kakitangan Lazada diberhentikan pada awal Januari dan menganggapnya “tidak boleh diterima”.

Bekas pekerja Lazada yang merupakan ahli kesatuan FDAWU yang terjejas akibat transformasi perniagaan dari 3 Januari hingga 5 Januari digalakkan untuk menghantar e-mel kepada FDAWU sebelum 5 petang pada 20 Februari untuk arahan lanjut.

Campur tangan oleh FDAWU adalah “bukti kukuh” bagaimana kesatuan boleh mewakili dan melindungi kepentingan ahli mereka, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

“Kami faham bahawa sesebuah syarikat mungkin dari semasa ke semasa perlu melalui penyusunan semula tetapi pemberhentian harus sentiasa menjadi pilihan terakhir,” tulisnya dalam hantaran Facebook pada 4 Februari.

“Kedua-dua pihak pengurusan dan kesatuan harus bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang baik dan adil bagi pekerja kami,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >