Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan perbelanjaan libat 13,100 isi rumah

Oct 4, 2023 | 5:14 PM
TINJAUAN PERBELANJAAN ISI RUMAH: Kumpulan isi rumah itu  meliputi penduduk di Beach Road, Dakota, Elias Road, Flora Drive, Potong Pasir, Punggol, Woodleigh dan Yishun yang akan menjalani sesi tinjauan dari November 2022 hingga November 2023.
TINJAUAN PERBELANJAAN ISI RUMAH: Kumpulan isi rumah itu meliputi penduduk di Beach Road, Dakota, Elias Road, Flora Drive, Potong Pasir, Punggol, Woodleigh dan Yishun yang akan menjalani sesi tinjauan dari November 2022 hingga November 2023. - Foto ST

Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) akan mengendalikan Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) ke-12 dari November 2022 hingga November 2023. Tinjauan tersebut meliputi 13,100 isi rumah yang dibahagikan kepada 26 kumpulan.

Kumpulan tinjauan itu meliputi penduduk di kawasan Beach Road, Dakota, Elias Road, Flora Drive, Potong Pasir, Punggol, Woodleigh dan Yishun.

Diadakan setiap lima tahun, HES mengumpul maklumat terkini tentang perbelanjaan isi rumah untuk mengemas kini corak wajaran serta barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam penyusunan Indeks Harga Pengguna (CPI). Data daripada tinjauan juga berfungsi untuk memudahkan kajian tentang pendapatan isi rumah dan corak perbelanjaan.

Isi rumah yang dipilih untuk tinjauan akan dimaklumkan menerusi pos dan boleh menghantar pulangan HES menerusi Internet menerusi Borang Penyerahan Dalam Talian HES. Pegawai tinjauan yang membawa kad pengenalan dan surat kebenaran yang diberikan DOS juga akan melawati isi rumah yang terpilih.

Isi rumah terpilih diminta agar memberikan kerjasama sepenuhnya. Isi rumah yang ingin mengenal pasti identiti pegawai tinjauan boleh menghubungi hotline HES di 1800-888-2223 dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 9 malam dan pada Sabtu dan Ahad, 10 pagi hingga 9 malam (tidak terkecuali cuti umum).

HES dikendalikan di bawah Akta Perangkaan 1973 yang memastikan semua maklumat yang diberikan oleh isi rumah akan dirahsiakan mengikut Akta Perangkaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg