Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tipu 6 mangsa $2.85j: Lelaki dijel 8 tahun

May 09, 2024 | 04:23 PM



Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun pada 9 Mei kerana menipu enam orang melibatkan lebih $2.85 juta.

Kesemua mangsa telah pun mengalami kerugian dalam pelaburan terdahulu.

Namun, Murlidharan Muhundan, 47 tahun, menipu mereka melalui beberapa siri “yuran”, “komisen” dan bayaran lain selepas mendakwa dia boleh membantu mangsanya mendapatkan semula wang mereka, lapor The Straits Times.


Warga Singapura itu, yang melakukan kesalahan tersebut dari Jun 2020 hingga Oktober 2022, mengaku bersalah pada 5 April atas 18 pertuduhan menipu melibatkan lebih $1 juta.

Sebanyak 40 lagi pertuduhan berkaitan baki wang keseluruhan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Pihak pendakwaan berkata Murlidharan mendapat kepercayaan kesemua mangsanya, yang berusia antara 57 dengan 77 tahun.

Mangsa pertama seorang pesara wanita berusia 77 tahun, yang menyertai skim pelaburan “perkongsian masa Gold Crown” yang telah lingkup.

Murlidharan bukan sebahagian daripada skim pelaburan Gold Crown. Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kenny Yang dan Kiera Yu tidak mendedahkan butirannya dalam dokumen mahkamah.

Pada 2020, semasa bekerja sebagai pengutip hutang bersama firma Republic Business Consultancy (RBC), dia terserempak dengan mangsa yang ingin menamatkan dan mendapatkan semula wang daripada pelaburan perkongsian masa Gold Crown mereka.

Murlidharan tahu tidak mungkin pesara itu berupaya mendapatkan semula wang daripada pelaburan sedemikian. Namun, dia memutuskan untuk menipu mangsanya kerana perlu membayar balik hutang perjudian dan pinjaman daripada peminjam wang haram, kata DPP.

Ketika bertemu wanita tersebut di pejabat RBC di pusat beli-belah People’s Park Centre, pada 9 Julai 2020, dia mendakwa bahawa sebuah pertubuhan yang dipanggil ‘Agensi Bhagyam’ telah memperoleh semula £575,000 ($973,000) daripada pelaburan awalnya dan dia perlu mengeluarkan $30,000 sebagai “yuran” untuk menerimanya.

Enam hari kemudian, wanita itu dan suaminya bertemu Murlidharan di Orchard Road dan menyerahkan jumlah tersebut.

Murlidharan menipu wanita itu beberapa kali lagi sebanyak $310,000 sehingga lewat 2020.

Mahkamah diberitahu bahawa dia juga menipu lima lagi mangsa sebelum dia ditangkap dan didakwa di mahkamah pada Mei 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >