Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bertindak terhadap penipuan

Jumpa tawaran menarik? Awas tanda penipuan e-dagang

Nov 30, 2023 | 05:18 PM



Cik Eileen Ong, 33 tahun, gemar mencari barangan murah dalam talian.

Melihat iklan Facebook bulan lalu yang menawarkan harga makanan laut murah – dengan diskaun sebanyak 20 peratus – tawaran itu terlalu menarik untuk ditolak.

Beliau tidak terus membuat pesanan, sebaliknya perunding pendidikan itu bersikap berhati-hati.

“Menggunakan pencarian Google, saya segera menyelidik syarikat tersebut. Hasilnya, ia dipenuhi dengan ulasan yang baik dan tiada aduan langsung. Ketika melayari laman sosial Facebooknya, saya terlihat catatan terawal bertarikh dari tahun 2017 lagi. Maksudnya, laman Facebook ini bukan baru dibuat – akaun baru merupakan satu isyarat merah yang jelas, yang menunjukkan sesebuah akaun itu mencurigakan dan mengandungi unsur penipuan,” kata Cik Ong.

Puas hati dengan siasatan yang dilakukan, beliau menghubungi firma tersebut menerusi Facebook Messenger untuk membuat pesanan.

Meskipun begitu, Cik Ong juga mengambil langkah tambahan untuk melindungi dirinya. Beliau mengenakan had transaksi ke atas akaun PayNow menerusi aplikasi perbankan mudah alih. Beliau hanya memesan beberapa barangan sahaja sebagai percubaan.

Kenapa berhati-hati sangat?

“Setelah membaca pelbagai berita penipuan yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, maka saya menjadi lebih berhati-hati. Perkhidmatan membeli-belah dalam talian memang memudahkan, namun ia tidak lagi selamat seperti yang sepatutnya,” tambah beliau.

Walaupun Cik Ong menerima bungkusan unagi (belut) dan sotong sejuk beku selepas beberapa hari pembayaran, tetapi beliau tetap waspada.


“Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal pada kemudian hari,” jelasnya.

Jangan terburu-buru atau gopoh

Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan seramai 4,516 penduduk menjadi mangsa penipuan e-dagang pada separuh pertama 2023 – jumlah kes yang dilaporkan adalah kedua tertinggi dalam kalangan semua kegiatan berkaitan penipuan.

Kebiasaannya, penipuan ini melibatkan jualan barangan dan perkhidmatan tanpa perlu bertemu. Mangsa akan terjerat dengan tawaran menarik dalam talian dan gagal menerima barangan atau perkhidmatan tersebut, selepas pembayaran.

Ada kalanya, mangsa mungkin diminta memuat turun aplikasi untuk menyelesaikan proses pembayaran bagi produk, penempahan perkhidmatan atau pemulangan wang.

Kemudian, penipu akan mendakwa gagal memenuhi pesanan, selepas bayaran deposit dilakukan. Aplikasi ini mengandungi penipuan perisian hasad, atau malware, dan membolehkan penipu mengakses peranti mangsa, mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan.


“Penipu sering melakukan tawaran yang menarik dan promosi masa terhad atau mendakwa bekalan hampir kehabisan supaya pembeli tergesa-gesa.

“Hal ini akan mendorong mangsa membuat keputusan tanpa pengesahan, sama ada akaun dalam talian atau laman media sosial itu benar-benar wujud ataupun tidak,” kata Encik Jeffery Chin, Timbalan Pengarah Jabatan Operasi, Pejabat Pendidikan Awam Penipuan (SPEO), SPF.

Beliau juga menekankan peranan pertimbangan kognitif yang menyebabkan individu mudah terdedah kepada penipuan. Misalnya, golongan dewasa yang celik digital sering berasa selesa dan yakin ketika melayari media sosial dan melakukan pembelian dalam talian.

“Perkara ini meletakkan mereka dalam risiko kerana mereka mungkin mengabaikan butiran penting seperti memeriksa kredibiliti penjual dan kesahihan produk atau perkhidmatan.

Angka SPF menunjukkan 50.8 peratus daripada semua mangsa penipuan pada separuh pertama 2023 adalah golongan dewasa yang berusia 20 hingga 39 tahun. Hampir satu dalam empat mangsa (23.9 peratus) daripada kumpulan usia ini terjerat sebagai mangsa penipuan e-dagang.

Orang ramai harus waspada terhadap tawaran masa singkat dan diskaun besar, kata Encik Chin.

“Jika harga promosi terlalu luar biasa, ia mungkin penipuan.”

Lindungi diri anda dengan tidak melakukan pembayaran pendahuluan atau pemindahan bank secara langsung kepada penjual.

“Elakkan membayar melalui pautan atau aplikasi pihak ketiga dan gunakan kemudahan pembayaran di platform e-dagang yang percayai.

“Pembeli juga boleh memeriksa Penilaian Keselamatan Urus Niaga Ruang Pemasaran E-Dagang (TSR) pasaran e-dagang di go.gov.sg/mhatsr untuk mengetahui ciri-ciri keselamatan yang disediakan di pelbagai platform e-dagang bagi melindungi urus niaga dalam talian mereka,” katanya.

Bolehkah anda mengenal pasti sesuatu penipuan? Lakukan tinjauan ringkas ini untuk mengetahui sejauh mana masyarakat kita dapat mengenal pasti skim penipuan yang berlaku di negara ini. https://surveys.lifepointspanel.com/survey/selfserve/1a9b/2312428?list=…




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >