Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tipu FAS: Bekas timbalan pengarah dijel, isteri lepas hukuman

Jan 16, 2024 | 07:40 PM



Bekas Timbalan Pengarah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang menyalah guna kedudukannya untuk memastikan kontrak bekalan badan sukan itu diberi kepada syarikat yang berkaitan dengan dirinya atau isterinya, dijatuhi hukuman penjara 55 minggu pada 16 Januari.

Rikram Jit Singh Randhir Singh secara tidak jujur mempengaruhi FAS agar menyalurkan dana berjumlah $609,380 dengan beliau dan isterinya, Cik Asya Kirin Kames, meraih keuntungan sebanyak $127,896.

Mahkamah diberitahu dalam perbicaraan sebelum ini bahawa keuntungan tersebut telah dirampas Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan akan dikembalikan kepada FAS.

Pada 3 Januari, Rikram, 43 tahun, mengaku bersalah atas 15 tuduhan menipu. Sebanyak 30 tuduhan lain dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Cik Asya, 36 tahun, sebelum ini dikenakan 46 tuduhan, pada umumnya kerana menipu.

Pada 16 Januari, semua tuduhan ke atas beliau telah ditarik balik, dan beliau telah dilepaskan daripada tuduhan dan dibebaskan. Ini bermakna beliau tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan sama, lapor The Straits Times (ST).


Sebab-sebab keputusan itu tidak didedahkan di mahkamah.

Bercakap bagi pihak Cik Asya, peguam pasangan itu, Encik Satwant Singh, memberitahu ST: “Beliau berasa lega kerana perkara ini sudah selesai untuk dirinya dan keluarganya, dan mereka kini boleh meneruskan kehidupan.”


Pada November 2022, Shankar Suppiah, ketika itu berusia 45 tahun, yang terlibat dalam kes itu, dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas dia mengaku bersalah atas peranannya menipu FAS.

Ketika itu, dia adalah pemilik tunggal All Resource Network (ARN), yang menawarkan khidmat pengurusan acara dan penjualan barangan sukan dan rekreasi. ARN adalah pembekal FAS ketika kesalahan itu dilakukan.

Kes melibatkan seorang lagi lelaki, Pallaniappan Ravindran, 50 tahun, masih berjalan.

Rikram bertemu dengan Cik Asya ketika wanita itu bertugas dalam jabatan komunikasi di FAS pada 2013.

Cik Asya kemudian menubuhkan ARN selepas meninggalkan FAS pada Disember tahun itu.

Rikram sering berbual dengan Cik Asya kerana ARN kerap menganjurkan atau menyokong acara FAS. Mereka kemudian menjadi lebih rapat dan berkahwin.

Pada Februari 2016, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) bersetuju bahawa FAS akan menghasil dan mengedar alat menepuk (clappers), bola stres (picit), sepanduk gulung dan skaf bola sepak.


Produk itu akan mempunyai imej NCPG dan diedarkan semasa perlawanan Liga-S dan program mendekati remaja.

Rikram berjaya meyakinkan Pallaniappan, bekas rakan sekerjanya, supaya tidak menutup sebuah syarikat yang tidak mendapat untung, iaitu, Myriad Sports & Events, agar ia boleh digunakan sebagai pemuka untuk mengemukakan sebut harga rekaan bagi khidmat bekalan kepada FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >