Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tipu FAS: Bekas timbalan pengarah mengaku salah salur kontrak $609,000

Jan 04, 2024 | 05:19 PM



Seorang bekas Timbalan Pengarah, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Rikram Jit Singh, telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memastikan bahawa kontrak bekalan badan sukan tersebut diberikan kepada syarikat yang berkaitan dengan dirinya atau isterinya.

Rikram Jit Singh Randhir Singh mengaku secara tidak jujur mempengaruhi FAS agar menyalurkan dana sejumlah $609,380, di mana beliau dan isteri, Asya Kirin Kames, telah mendapat keuntungan sebanyak $127,896.

Keuntungan tersebut dirampas Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan akan dikembalikan kepada FAS.

Pada 3 Januari, warga Singapura berusia 43 tahun itu mengaku bersalah atas 15 tuduhan menipu.

Sebanyak 30 tuduhan yang lain akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan pada 16 Januari kelak.

Rikram menyertai FAS pada 20 Disember 2010 sebagai Pengurus Pemasaran dan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah pada 1 Julai 2017.

Rikram bertemu dengan Asya, yang berusia 37 tahun, ketika beliau bertugas dalam jabatan komunikasi di FAS pada 2013.

Teman Rikram, Shankar Suppiah; rakan sekerja Shankar iaitu Pallaniappan Ravindran; serta isteri Rikram, Asya Kirin Kames, turut terlibat dalam penipuan ini.

Perbuatan mereka terbongkar apabila CPIB menerima maklumat pada Januari 2019 bahawa Rikram telah menyalah gunakan dana FAS.

“Hasil audit yang dilakukan oleh FAS mendapati bahawa tiada pembayaran yang melebihi kadar pasaran. Justeru, FAS tidak mengalami kerugian besar,” kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Thiagesh Sukumaran.

“Semua pekerjaan yang ditawarkan Myriad dan ARN telah dilaksanakan,” ujar beliau.

Rikram bertanggungjawab dalam pengurusan jabatan pemasaran dan perancangan strategik untuk FAS, serta menguruskan pembelian barang dan perkhidmatan untuk acara FAS.

Tugas beliau ditamatkan pada Januari 2019 berikutan siasatan FAS atas pelanggaran kod tatalaku.

Memohon hukuman penjara antara 24 dengan 30 bulan, DPP Thiagesh menegaskan bahawa Rikram telah menyalah guna kuasa yang serius sebagai timbalan pengarah untuk melakukan penipuan yang sistematik, teratur dan canggih.

DPP Thiagesh menambah bahawa keadaan itu membolehkan Rikram melakukan kesalahan penipuan untuk tempoh masa yang panjang tanpa diketahui.

Bagi setiap tuduhan menipu, Rikram boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

Shankar telah dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan pada 18 November 2022, manakala kes perbicaraan Asya dan Ravindran masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >