Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Kami akan menang perlumbaan ini’: Biden seru perpaduan

Nov 07, 2020 | 03:13 PM



WASHINGTON: Calon Demokrat, Encik Joe Biden, berkata pada Jumaat malam (6 November, waktu tempatan Amerika) bahawa beliau yakin akan memenangi pilihan raya presiden dengan majoriti jelas, walaupun beliau tidak mengisytiharkan kemenangan, dalam satu ucapannya sedang keputusan rasmi pilihan raya itu belum lagi diputuskan tiga malam selepas hari mengundi.



Encik Biden berada dalam kedudukan untuk memenangi lebih 300 undi badan perwakilan pemilih, lebih daripada 270 yang diperlukan untuk mendapat tempat di Rumah Putih, sambil menyatakan beliau telah mengatasi Presiden Donald Trump di Pennsylvania dan Georgia selain menggandakan kelebihannya di Nevada dalam tempoh 24 jam lalu.



“Kami belum ada satu pengisytiharan   kemenangan muktamad, tetapi bilangannya menggambarkan satu kisah  jelas dan meyakinkan,” kata Encik Biden dalam ucapan ringkas di Pusat  Chase  di kediamannya di Wilmington, Delaware.



 “Kami akan menang perlumbaan ini.”



Encik Biden, yang bertanding dalam pilihan raya ini dengan mesej mahu menyatukan Amerika yang  berpecah belah, meminta rakyat Amerika untuk bersatu dan memulakan proses pemulihan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >