Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1 korban gempa bumi Indonesia, 4 cedera

Aug 03, 2019 | 12:50 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan Sumatera dan Jawa semalam, kata agensi bencana Indonesia hari ini.



Sementara 1,000 lagi penduduk di kawasan rendah meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang ancaman tsunami.



Indonesia mengeluarkan amaran ombak besar itu dalam masa beberapa minit selepas gempa berukuran 6.8 magnitud melanda malam semalam.



Amaran itu berlanjutan dua jam dan menyebabkan penduduk di sepanjang pesisir pantai melarikan diri ke tempat tinggi.



Gegaran kuat itu dirasakan di Jakarta dan orang ramai bergegas keluar daripada bangunan tinggi.



Seorang meninggal dunia kerana serangan jantung susulan suasana panik di Banten di Jawa dan empat lagi cedera.



Agensi itu berkata, orang ramai yang berlari ke tanah tinggi, termasuk 1,000 yang berlindung di pejabat gabenor di Lampung, sudah kembali ke rumah mereka.



Gempa bumi itu memusnahkan 34 rumah dan menyebabkan kerosakan kecil kepada puluhan bangunan lain.



Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan pusat gegaran itu di Lautan Hindi kira-kira 227 kilometer dari bandar raya Teluk Betung di Sumatera.



Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, yang kerap dilanda gempa bumi dan kadang-kadang diiringi tsunami. — Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >