Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

10 maut apabila pesawat terhempas, langgar kereta, motosikal di Selangor

Pesawat kecil terhempas di jalan raya di Shah Alam; pegawai kerajaan Pahang antara yang terkorban
Aug 17, 2023 | 07:40 PM



SELANGOR: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban apabila satu pesawat kecil terhempas ke jalan raya dan bertembung dengan dua kenderaan, di Selangor, Malaysia, kata polis tempatan.


Dalam video merakam kejadian itu yang ditonton oleh ribuan orang di media sosial, kepulan asap tebal boleh dilihat di bahagian jalan raya yang hangus berdekatan bandar Elmina di Shah Alam.

Enam penumpang dan dua kru terkorban, menurut polis. Lagi dua orang yang terkorban ialah penunggang motosikal dan pemandu kereta yang dilanggar pesawat terhempas itu, kata polis.

Berita Harian Malaysia melaporkan anggota majlis eksekutif Pahang, Datuk Seri Johari Harun, antara 10 mangsa yang terkorban. Beliau mendukung peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.


Kematian Datuk Seri Johari, yang juga Ketua Umno bahagian Bentong, dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, di Twitter. Beliau menerbitkan gambar semasa menghadiri mesyuarat bersama Allahyarham.

Video yang dikongsi di media sosial juga menunjukkan gambar mengerikan tubuh yang terbakar di bahagian jalan raya berdekatan Lebuhraya Guthrie dan berdekatan Central Park di kawasan kediaman Elmina Valley, lapor akhbar The Straits Times.


Sisa bahagian kenderaan yang berkecai juga boleh dilihat di jalan raya.

Saksi yang bercakap dengan media di Malaysia berkata mereka tidak berdaya berbuat apa-apa walaupun melihat penunggang motosikal terbakar dan menjerit.

Beechcraft 390 yang mempunyai nombor pendaftaran N28JV terhempas berdekatan Elmina, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pesawat itu dikendalikan Jet Valet, sebuah khidmat penerbangan privet eksklusif dan telah berangkat dari Langkawi pada 2.08 petang dalam perjalanan ke lapangan terbang Subang, kurang 10 kilometer jauh daripada tapak kejadian.

Kawalan trafik udara lapangan terbang Subang melihat asap dari tapak kejadian Elmina pada kira-kira 2.50 petang, tetapi tidak ada panggilan kecemasan yang dibuat oleh pesawat, kata Kapten Norazman Mahmud, ketua pegawai eksekutif CAAM.

Pesawat itu sedang membawa enam penumpang dan dua anggota kru, tambahnya.

Pesawat itu sedang bersedia mendarat dan telah diberi kelulusan oleh kawalan trafik udara, kata ketua polis Selangor, Encik Hussein Omar Khan, sambil menambah bahawa jet itu telah hilang kontak bersama menara kawalan dua minit sebelum mendarat.

Jabatan kebakaran dan menyelamat telah dapat memadamkan kebakaran dalam 10 minit, tambahnya.

Polis berkata mereka masih menyiasat nahas itu, dengan bedah siasat dijalankan untuk mengesahkan identiti mangsa.

Jet Valet berikrar dalam satu kenyataan untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >