Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

11 pendaki maut selepas Gunung Marapi meletus di Sumatera

Seramai 75 pendaki gunung yang mendaftar, tiga diselamatkan manakala 12 masih hilang dan 49 sudah menuruni gunung 
Dec 04, 2023 | 01:24 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 pendaki ditemui mati dan tiga lagi diselamatkan oleh pasukan pencari yang bekerja sepanjang malam untuk mencari orang hilang, selepas letusan gunung berapi di barat Indonesia, kata pegawai pada 4 Disember.


Gunung Marapi di pulau Sumatera, dengan puncak 2,891 meter (m), meletus pada 3 Disember, memuntahkan abu menjulang 3,000m ke langit yang menghujani beberapa kampung berhampiran.

Pegawai dari agensi tempatan dan kebangsaan menyemak semula jumlah pendaki di gunung itu pada hujung minggu kepada 75 orang, tetapi pasukan mencari menemui 11 orang mati berhampiran kawah pada pagi 4 Disember.

“Terdapat 26 orang yang belum dipindahkan, kami telah menemui 14 daripada mereka, tiga ditemui hidup dan 11 ditemui mati,” kata Encik Abdul Malik, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang, bercakap sehari selepas letusan itu.

Seramai 12 orang masih hilang dan 49 telah menuruni gunung, beberapa orang yang lain telah dibawa ke hospital, katanya.

Tiga mangsa yang terselamat ditemui berhampiran kawah dan “keadaan mereka lemah, dan ada yang melecur”, kata pegawai itu.

Pekerja penyelamat bergilir-gilir membawa mayat menuruni gunung kerana keadaan muka bumi yang sukar.

Klip yang dikongsi dengan agensi berita AFP oleh pasukan penyelamat di tempat kejadian, menunjukkan sebuah ambulans memecut sambil membunyikan sirennya, dan seorang pendaki dipindahkan dari tempat kejadian dalam keadaan melecur.


Dalam klip lain, seorang pekerja penyelamat dengan lampu suluh diikat di kepalanya, membonceng seorang pendaki yang mengerang kesakitan dan berkata: “Tuhan Maha Berkuasa” ketika dia dibawa ke tempat yang selamat dalam kegelapan malam.

Ledakan itu berterusan, menghalang pemindahan melalui udara dengan helikopter, kata Encik Malik.

“Secara visual, sehingga pagi ini asap masih berkepul-kepul dari atas. Secara visual semuanya masih kelihatan kelabu,” katanya.

Encik Rudy Rinaldi, ketua Agensi Pencegahan Bencana Sumatera Barat, memberitahu AFP beberapa pendaki yang diselamatkan memerlukan rawatan perubatan kerana mereka berada berdekatan dengan kawasan letusan itu.


“Ada yang melecur kerana cuaca sangat panas, dan mereka telah dibawa ke hospital,” katanya.

“Mereka yang cedera adalah mereka yang semakin hampir dengan kawah.”

Menurut agensi mencari dan menyelamat negara, atau Basarnas, senarai yang dilihat AFP bagi mereka yang ditemui, sekurang-kurangnya lapan orang melecur, seorang melecur dan patah tulang dan seorang lagi cedera di kepala.


Pegawai di stesen pemantauan Gunung Marapi, Encik Ahmad Rifandi, berkata hujan abu diperhatikan selepas ledakan.

“Ia telah sampai ke bandar Bukittinggi,” katanya merujuk kepada bandar ketiga terbesar di Sumatera Barat yang mempunyai penduduk lebih 100,000 orang.

Pegawai agensi bencana tempatan, Encik Ade Setiawan, berkata dalam satu kenyataan, penduduk di kampung tempatan “diberikan pelitup dan diingatkan supaya tinggal di dalam rumah mereka”.

Marapi berada pada tahap berjaga-jaga kedua, sistem empat langkah Indonesia dan pihak berkuasa telah mengenakan zon pengecualian tiga kilometer di sekitar kawahnya.

Kepulauan Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana pertemuan plat benua menyebabkan kegiatan gunung berapi dan seismik yang tinggi.

Negara Asia Tenggara itu mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >