Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat 11 pendaki ditemui lepas Gunung Marapi meletus

Dec 4, 2023 | 12:16 PM
MELETUS: Gunung Marapi memuntahkan abu panas semasa letusannya, yang dilihat dari Tanah Datar di Sumatera Barat pada 3 Disember
MELETUS: Gunung Marapi memuntahkan abu panas semasa letusannya, yang dilihat dari Tanah Datar di Sumatera Barat pada 3 Disember - Foto AFP

JAKARTA: Anggota penyelamat Indonesia menemui mayat 11 pendaki berikutan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, kata seorang jurucakap pada 4 Disember, sambil menambah tiga pendaki ditemui masih hidup.

Agensi berita Reuters melaporkan pegawai penyelamat berkata 12 pendaki masih hilang.

Gunung Marapi, yang juga gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus petang 3 Disember, menyebabkan hujan abu melitupi daerah Agam di Sumatera Barat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai memakai pelitup.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan letusan pada 2.54 petang waktu tempatan itu memuntahkan abu hingga bertebaran sejauh tiga kilometer dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.

Bagaimanapun, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia berkata tiada kemalangan jiwa atau kerugian harta benda dilaporkan, dan aktiviti masyarakat juga tidak terjejas.


Pegawai agensi operasi bencana di Agam, Encik Ade Setiawan, pula memaklumkan hujan abu gunung berapi berlaku di Nagari Lasi, mukim Canduang.

“Hujan abu gunung berapi agak tebal dan gelap tetapi kini mulai berhenti,” katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan menasihati orang ramai supaya memakai pelitup ketika keluar rumah, dan membersihkan bekalan air serta bumbung daripada abu gunung berapi bagi mengelakkan ia runtuh.

Gunung Marapi direkodkan meletus pada 8 September 1830 dan sekali lagi pada 30 April 1979, menyebabkan sekurang-kurang 60 kematian.

Ia turut menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 sebelum meletus pada 26 Februari 2014.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg