Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

13 maut dalam runtuhan empangan di lombong emas Siberia

Oct 19, 2019 | 06:08 PM



MOKSOW: Sekurang-kurangnya 13 pelombong maut hari ini (19 Oktober) apabila sebuah empangan runtuh di lombong emas kira-kira 160 kilometer di selatan bandar Siberia, Krasnoyarsk, lapor agensi berita Russia.



Hujan lebat telah menyebabkan penghakisan empangan itu, yang kemudian runtuh sekali gus membawa air dan lumpur yang membanjiri beberapa kabin yang juga tempat tinggal pekerja, menurut pegawai tempatan.



Kementerian kesihatan Russia berkata seramai 14 pelombong dibawa ke hospital dan seramai tiga orang mengalami kecederaan teruk di lombong.



Gambar yang disiarkan di saluran Russia, Rossiya 24, menunjukkan kerosakan struktur, dibanjiri air dan lumpur.



Sebuah jawatankuasa siasatan Russia berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah melancarkan siasatan terhadap pelanggaran peraturan keselamatan di lombong emas itu.



Pihak berkuasa tempatan pula berkata empangan yang runtuh itu tidak didaftar oleh badan-badan rasmi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >