Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

15j orang di dunia diancam bah tasik glasier

Bahaya akibat glasier mencair, masyarakat di Asia paling terdedah
Feb 09, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Glasier gunung yang mencair menimbulkan risiko banjir yang semakin meningkat ke atas sekitar 15 juta orang di serata dunia, menurut penyelidik dalam satu laporan yang diterbitkan kelmarin, dengan masyarakat di Asia menghadapi bahaya terbesar.



Glasier - timbunan besar ais - yang mencair biasanya mengalir ke tasik cetek, teradang oleh batu besar dan sampah sarap.



Risiko muncul apabila air di tasik itu melimpah, memecahkan tembok semula jadinya, menyebabkan air mengalir deras turun melalui lembah gunung.



Saintis buat pertama kalinya telah membuat anggaran berapa ramai orang di dunia akan menghadapi risiko banjir daripada kejadian itu, dan mendapati lebih separuh daripada penduduk terdedah tinggal di India, Pakistan, China dan Peru.



Bahayanya paling tinggi apabila ramai orang tinggal berhampiran tasik, ujar mereka dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications itu.



"Kajian kami tidak setakat fokus pada saiz atau bilangan tasik - tiada bencana berlaku secara semula jadi - kehadiran orang, terutama mereka yang terdedah, di sekitaran yang menyebabkan sesuatu bencana," kata Dr Stuart Dunning, seorang ahli geografi fizikal di Universiti Newcastle, Britain, yang juga pengarang bersama kajian itu.



Banjir tasik glasier diunjur bertambah buruk dalam iklim semakin panas.



Secara keseluruhannya, glasier di dunia kehilangan sekitar 332 gigaton ais dalam setahun antara 2006 dan 2016. Sejak 1990, bilangan dan isi padu tasik glasier di seluruh dunia telah bertambah sekitar 50 peratus.



Di pergunungan tinggi di Asia, sekitar sembilan juta orang tinggal berhampiran lebih 2,000 tasik glasier. Pada 2021, lebih 100 orang mati di India semasa banjir di bahagian pergunungan di utara negara itu.



GUNUNG HIMALAYA MEMANAS



Berbanding glasier gunung di Alps dan Amerika Utara, tempat di Asia yang terdapat ais tidak dipantau dengan baik - kebanyakannya kurang dipantau buat jangka panjang tentang bagaimana keadaannya telah berubah dari semasa ke semasa.



Glasier di Himalaya yang dikaji secara paling baik ialah Chhota Shigri, di utara India, yang mempunyai 20 tahun pengukuran keseimbangan jisim - perbezaan antara berapa banyak glasier tumbuh dan mencair dalam setahun.



Pada 2022, India mengalami cuaca panas dan menjelang hujung tahun itu, saintis bergegas ke Himalaya untuk mengukur jisim di Chhota Shigri.



Hasil penelitian mereka, yang dikongsi dengan agensi berita Reuters, mendedahkan glasier di Himalaya itu mengalami keadaan paling buruk: Chohota Shigri kehilangan jisim sebanyak tiga kali ganda dalam 2022, berbanding purata kehilangannya setiap tahun pada 2002 hingga 2022.



"Kesannya sudah dapat dilihat apabila glasier itu sedang menipis dan merosot," kata Dr Farooq Azam, ahli kaji glasier di Institut Teknologi Indore, India, yang memantau Chhota Shigri. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >