Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 akaun Bersatu yang dibeku Januari, disita SPRM pada 11 April

Apr 21, 2023 | 10:42 AM



KUALA LUMPUR: Dua akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan mantan perdana menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April lalu untuk tindakan lanjut.





SPRM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, sitaan ke atas dua akaun parti terbabit dibuat setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.





Menurut SPRM, tindakan sitaan dilakukan selepas akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu, mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.





“Susulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan itu pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” kata kenyataan itu.





Difahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion, yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.





Namun, hingga kini kedua-dua pihak sama ada SPRM atau Bersatu tidak mendedahkan nilai akaun milik Bersatu yang dibekukan sebelum ini. - BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >