Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2 maut, 14 cedera dalam letupan pengebom nekad di luar gereja Indonesia

Mar 28, 2021 | 04:28 PM



JAKARTA - Letupan di luar sebuah gereja Katolik di ibu kota wilayah Sulawesi Selatan, Makassar, pada Ahad (28 Mac), mengorbankan dua orang yang disyaki pengebom nekad dan mencederakan 14 orang, kata polis.



Dua orang yang menunggang motosikal cuba memasuki perkarangan gereja itu setelah misa atau 'mass' berakhir, kata jurucakap Polis Negara, Ketua Polis Negara Argo Yuwono.



"Dua orang itu disuruh berhenti oleh pegawai keselamatan di gereja dan letupan itu berlaku," katanya kepada wartawan, sambil menambah kejadian itu terjadi pada 10.20 pagi waktu Indonesia Tengah (10.20 pagi waktu Singapura).



Beliau menambah selain dua pengebom yang disyaki itu, polis juga sedang menyiasat bahagian badan lain yang ditemui di tempat kejadian.



Mereka yang cedera dirawat di hospital berdekatan, katanya, menurut laporan The Straits Times.



Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan Inspektor Jeneral Polis Merdisyam, memberitahu wartawan bahawa pengeboman itu adalah "letupan hebat", tetapi tidak ada kerosakan yang ketara di gereja itu.



Polis telah mengepung kawasan sekitar gereja itu dan sebuah pasukan pengenalan mangsa bencana sedang menyiasat kejadian itu.



Paderi Wilhelmus Tulak dilaporkan memberitahu Kompas TV bahawa beliau mendengar "letupan yang sangat kuat" sekitar jam 10.30 pagi, setelah misa kedua selesai.



"Dua orang yang menaiki motosikal mahu memasuki (perkarangan gereja), tetapi seorang pegawai keselamatan menahan mereka (di pagar) dan letupan berlaku," katanya, sambil menambah bahawa pegawai keselamatan itu sebelumnya telah memerhatikan dua orang yang "mencurigakan" itu.



Katedral Makassar itu terletak berhampiran Taman Karebosi yang terkenal, tempat orang ramai suka bersenam.



Penganut Katolik di Indonesia sedang meraikan Palm Sunday, seminggu sebelum Easter yang tahun ini disambut pada 4 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >