20 anak kapal Thailand pulang selepas serangan di Selat Hormuz, tiga masih terkandas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 anak kapal Thailand pulang selepas serangan di Selat Hormuz, tiga masih terkandas

Mar 16, 2026 | 11:48 AM

20 anak kapal Thailand pulang selepas serangan di Selat Hormuz, tiga masih terkandas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang anak kapal warga Thailand dari kapal kargo Mayuree Naree tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok selepas penerbangan dari Oman di Bangkok 16 Mac 2026. Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata pada 11 Mac bahawa mereka telah menyerang kapal berdaftar Thailand, Mayuree Naree, serta sebuah kapal berbendera Liberia di Selat Hormuz kerana kedua-dua kapal itu didakwa mengabaikan “amaran”.
Seorang anak kapal warga Thailand dari kapal kargo Mayuree Naree tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok selepas penerbangan dari Oman di Bangkok 16 Mac 2026. Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata pada 11 Mac bahawa mereka telah menyerang kapal berdaftar Thailand, Mayuree Naree, serta sebuah kapal berbendera Liberia di Selat Hormuz kerana kedua-dua kapal itu didakwa mengabaikan “amaran”. - Foto AFP

BANGKOK: Seramai 20 anak kapal warga Thailand yang terselamat selepas kapal kargo mereka diserang di laluan strategik Selat Hormuz selamat tiba di negara itu pada 16 Mac, manakala tiga lagi rakan mereka masih dipercayai terkandas di atas kapal yang rosak di kawasan Teluk.

Kapal berdaftar Thailand, Mayuree Naree, dilaporkan diserang dengan dua peluru pada 11 Mac ketika melalui laluan perairan tersebut selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Serangan itu didakwa dilakukan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), yang menyatakan kapal Thailand tersebut serta sebuah kapal berbendera Liberia menjadi sasaran kerana didakwa mengabaikan “amaran” yang dikeluarkan oleh pihak mereka.

Anak kapal yang terselamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada awal pagi 16 Mac. Ketibaan mereka kemudian diiring keluar oleh pegawai tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada media yang menunggu di lokasi.

Isteri kepada salah seorang anak kapal yang kembali, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Bass, berkata beliau masih menunggu untuk bertemu suaminya selepas pengalaman mencemaskan itu. “Kami semua takut, tetapi mereka bekerja sebagai anak kapal. Jika mereka enggan turun ke laut, mereka tidak akan dibayar,” kata wanita berusia 32 tahun itu.

Beliau juga mengakui tidak mendapat maklumat jelas daripada syarikat mengenai keadaan suaminya.
“Saya tidak tahu ke mana mereka pergi atau bila mereka akan pulang. Syarikat tidak memberitahu saya apa-apa,” katanya kepada wartawan.

Syarikat pemilik kapal, Precious Shipping, memaklumkan bahawa usaha mencari tiga anak kapal yang masih hilang kini menjadi keutamaan utama.

Dalam kenyataan pada 16 Mac, syarikat itu berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai terperangkap di bilik enjin kapal yang rosak akibat serangan tersebut. “Keutamaan tertinggi kami adalah usaha berterusan untuk mengesan tiga anak kapal yang masih hilang,” menurut kenyataan syarikat itu.

Precious Shipping juga memaklumkan bahawa syarikat akan menyediakan sokongan kebajikan kepada anak kapal yang selamat, termasuk pemeriksaan kesihatan dan penilaian kesihatan mental oleh pakar.

Menurut Kementerian Luar Thailand, operasi membawa pulang 20 anak kapal tersebut melibatkan kerjasama rapat pelbagai agensi kerajaan serta rakan antarabangsa.
Timbalan jurucakap kementerian itu, Cik Maratee Nalita Andamo, berkata perjalanan pulang ke Thailand mengambil masa lebih 10 jam dan melibatkan koordinasi beberapa pihak. “Semua 20 anak kapal berjaya pulang dengan selamat hasil kerjasama rapat antara kerajaan Thailand dan rakan antarabangsa,” katanya kepada wartawan di lapangan terbang.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Thailand sedang mendapatkan bantuan dua negara lain bagi membantu menyelamatkan tiga anak kapal yang masih terkandas. Sebelum ini, tentera laut Oman dilaporkan menyelamatkan 20 anak kapal tersebut pada 11 Mac selepas serangan berlaku.

Insiden itu berlaku ketika konflik di Asia Barat semakin memuncak selepas serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu. Serangan balas Iran terhadap beberapa sasaran di rantau tersebut turut meningkatkan risiko keselamatan perkapalan di Selat Hormuz.

Laluan perairan sempit itu amat penting kepada ekonomi dunia kerana kira-kira satu perlima bekalan minyak global biasanya melalui kawasan tersebut. Gangguan terhadap perkapalan di kawasan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pasaran tenaga global.

Menteri Luar Thailand, Encik Sihasak Phuangketkeow, dilaporkan telah menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Enci Abbas Araghchi, bagi memohon bantuan segera untuk menyelamatkan tiga anak kapal yang masih hilang.

Dalam perbualan telefon tersebut, beliau turut meminta Iran memastikan kapal perdagangan Thailand dapat melalui Selat Hormuz dengan selamat. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg