YANGON: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh apabila sebuah feri yang membawa tetamu majlis perkahwinan karam selepas bertembung dengan sebuah baj di Delta Ayeyarwaddy semalam.
Polis Myanmar berkata lebih ramai penumpang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu, yang berlaku di Sungai Ngawun dekat bandar Pathein kelmarin.