Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

20,000 hingga 30,000 jemaah M'sia tangguh kerjakan umrah sebab kurang penerbangan

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 hingga 30,000 bakal jemaah umrah yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci bulan ini terpaksa menangguh perjalanan masing-masing berikutan jumlah penerbangan harian ke Arab Saudi ketika ini menyusut dengan ketara.



Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata situasi itu sudah dijangka memandangkan kebanyakan syarikat penerbangan belum beroperasi sepenuhnya sebagaimana fasa sebelum pandemik Covid-19.



"Masalah ketika ini disebabkan permintaan semasa (tunai ibadat umrah) melebihi penerbangan harian yang beroperasi sekitar sembilan hingga 10 penerbangan sehari, termasuk penerbangan tambahan.



"Bayangkan sebelum ini permintaan sekitar 20,000 sebulan, sekarang mungkin sekitar 60,000," katanya kepada Berita Harian Malaysia semalam.



Sejak awal bulan ini, difahamkan pengendali umrah berdepan kesukaran untuk menghantar jemaah ke Tanah Suci susulan kekurangan pesawat, sama ada membabitkan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.



Datuk Razali berkata syarikat penerbangan memerlukan sedikit masa untuk melakukan persediaan termasuk bagi kerja pemeriksaan pesawat yang tidak beroperasi dalam tempoh lama disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Papuh ada bertemu dengan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines, mereka mengakui berdepan beberapa masalah termasuk kekurangan kru dan keperluan melakukan pemeriksaan penuh pesawat. Berikutan masih banyak penerbangan sangkut, pesawat tak boleh terbang lagi.



"Buat masa ini, tak ada apa yang boleh dibuat tetapi PAPUH memohon supaya ada penerbangan tambahan untuk menampung keperluan semasa," katanya lagi.



Datuk Razali menjangkakan gangguan perjalanan umrah akibat kekurangan penerbangan itu dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober.



Katanya, kebanyakan jemaah disaran menunda tarikh menunaikan umrah sehingga pengendali berhasil mendapatkan tarikh penerbangan baru.



"Bagi yang terpaksa tunda, tarikh baru insya-Allah akan diperoleh tahun ini juga sekiranya ada penerbangan tambahan.



"Kami di pihak agensi...tidaklah sehingga menanggung rugi kerana tak dapat bawa kesemua jemaah seperti dijadualkan, cuma untung agak berkurangan," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >