Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

22 maut akibat tanah runtuh, banjir di utara India

Jul 10, 2023 | 03:45 PM



NEW DELHI: Hujan lebat yang mengguyur seluruh utara India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang, selain menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di wilayah itu, kata pihak berkuasa dan media tempatan pada Isnin.


Sekolah-sekolah di New Delhi ditutup selepas hujan lebat melanda ibu negara itu pada hujung minggu, dan pihak berkuasa di negeri Himalaya Himachal Pradesh dan Uttarakhand meminta orang ramai supaya tidak keluar dari rumah mereka kecuali perlu.







Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam banjir dan tanah runtuh di Himachal Pradesh, Uttarakhand, Uttar Pradesh, Jammu, Kashmir dan Punjab pada Ahad, lapor akhbar Times of India.


Jalan raya di beberapa bahagian di ibu negara ditenggelami air setinggi lutut akibat hujan selebat 153 milimeter, rekod tertinggi dalam sehari pada Julai dalam tempoh 40 tahun.

Di negeri utara Himachal Pradesh, banjir kilat pada hujung minggu meruntuhkan sebuah jambatan dan menghanyutkan beberapa rumah. Pihak berkuasa menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas di jalan raya dan di atas jambatan menurut rakaman daripada Reuters.


Jalan-jalan di seluruh negeri utara, termasuk di Punjab, Delhi dan Uttarakhand dinaiki air. Di beberapa kawasan, anggota penyelamat menggunakan rakit getah untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam rumah mereka, kata media tempatan.







Ketua Menteri Himachal Pradesh Sukhvinder Singh Sukhu dalam rayuan menerusi media sosial pada lewat 9 Julai berkata: “Harap tinggal di dalam rumah anda kerana hujan lebat dijangka terus turun dalam 24 jam akan datang.”

Agensi berita Press Trust of India melaporkan bahawa 15 orang telah terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu di enam negeri di utara India.


Di Himachal Pradesh, sebanyak enam dilaporkan maut. Kejadian tanah runtuh di situ, menyekat kira-kira 700 jalan, kata pegawai pengurusan bencana Omkar Sharma kepada AFP.


Jabatan meteorologi India meramalkan lebih banyak hujan turun merentasi sebahagian besar utara India dalam beberapa hari akan datang.

Data rasmi menunjukkan hujan monsun di seluruh negara pada minggu pertama bulan Julai merekodkan sekitar dua peratus lebih banyak hujan daripada biasa.

Monsun musim panas di Asia Selatan membawa 70 peratus hingga 80 peratus daripada hujan tahunannya, serta kematian dan kemusnahan akibat banjir dan tanah runtuh.

Hujan sukar diramalkan dan berbeza-beza, tetapi saintis berkata perubahan iklim menjadikan monsun lebih kuat dan tidak menentu. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >