Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2,570 hektar tanah pertanian di Jambi rosak dek banjir

Jan 25, 2024 | 01:26 PM



JAKARTA: Pejabat Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Jambi melaporkan bahawa banjir di wilayah itu, yang berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini, merosakkan 2,570 hektar tanah pertanian dan menyebabkan dua penduduk maut.


Banjir kilat itu turut mencetuskan tanah runtuh di daerah Kerinci, Bungo, Tebo, Batanghari, Merangin, dan Kota Sungai Penuh, kata Ketua Ehwal Kecemasan agensi itu, Encik Lailatuh Qodri.

Kejadian tanah runtuh dan banjir yang menenggelamkan kawasan 82 mukim di Jambi sejak awal Januari menjejas 78,964 keluarga dan 229 kemudahan pendidikan, kata Encik Qodri, yang dipetik oleh Tempo.Co.

Selain itu, banjir menenggelamkan puluhan rumah ibadah dan pusat kesihatan awam di pelbagai zon yang dilanda bencana itu.

“Sekitar 509 kampung di Jambi mengalami kesan bencana ini,” kata Encik Qodri, sambil menambah bahawa pemerintah wilayah telah mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas.

Agensi berita rasmi Antara pula melaporkan sebelum ini bahawa musim hujan 2024 menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Indonesia.


Kalimantan Tengah mengalami kesan hujan lebat yang direkodkan di beberapa bahagian wilayah itu sejak awal minggu ini.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), hujan lebat menyebabkan banjir di Kota Palangkaraya dan daerah Murung Raya, Barito Selatan, Kotawaringin Barat, dan Kapuas.

Menurut Ketua Unit Pusat Data Penerangan dan Komunikasi Bencana BNPB, Encik Abdul Muhari, Murung Raya merupakan daerah pertama di Kalimantan Tengah yang dilanda banjir kilat.

Sejak 15 Januari, banjir berlaku di 38 kampung di enam mukim.

Sebanyak 31,178 penduduk terjejas akibat banjir, manakala 9,527 rumah dan 28 sekolah ditenggelami air, katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >