Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir lumpur di Semeru akibat hujan lebat

Jul 08, 2023 | 10:00 PM



JAKARTA: Banjir lumpur atau digelar ‘lahar dingin’ oleh penduduk tempatan dari Gunung Semeru melanda beberapa desa di wilayah Lumajang, Jawa Timur, merosakkan jambatan selain memaksa jalan ditutup dan ratusan penduduk setempat dipindahkan.

Berdasarkan data Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Jatim, sehingga semalam lima desa terjejas akibat banjir lumpur yang disebabkan oleh hujan lebat di daerah lereng Gunung Semeru, sejak beberapa hari lalu.

Banjir lumpur itu turut menyebabkan air sungai melimpahi tebing membanjiri beberapa desa dan seterusnya merosakkan sekurang-kurangnya empat jambatan penghubung desa.

Ia termasuk Kecamatan Pronojiwo membabitkan Desa Sidomulyo dan Desa Pronojiwo serta Kecamatan Candipuro merangkumi Desa Jugosari, Desa Kloposawit selain Desa Tumpeng.

Hujan lebat dilaporkan di kawasan Lumajang sejak kelmarin mengakibatkan gelongsor lumpur yang meragut nyawa tiga sekeluarga.

Pegawai BPBD Jatim, Satriyo Nurseno, berkata kerja pembersihan sudah dimulakan dengan mengerahkan pasukan ke lokasi paling teruk terjejas.

“Banjir lumpur turut merosakkan empat jambatan dan menghalang beberapa jalan sekitar Lumanjang sehingga terputus hubungan penting antara desa, selain beberapa jalan yang ditutup pihak berkuasa atas sebab keselamatan.

“Jambatan terputus di Kali Mujur, kemudian jambatan di Kali Batas Perbatasan Malang-Lumajang, dan jambatan gantung Kaliregoyo, Sumberwuluh, Candipuro.

“Kami juga menyediakan beberapa pusat perlindungan sementara bagi 393 mangsa bencana alam ini sehingga keadaan kembali pulih.

Dalam pada itu, Gunung Semeru, yang juga antara gunung berapi paling aktif di Indonesia, merakamkan empat gegaran sepanjang berlakunya banjir lumpur kali ini, menurut Petugas Pos Pengamatan Gunung Api Semeru, Liswanto.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) meletakkan Gunung Semeru dalam status siaga atau tahap tiga, yang mana masyarakat tidak boleh sebarang kegiatan di sektor tenggara di sepanjang Besuk Kobokan, 13 kilometer (km) dari puncak.

Di luar jarak berkenaan, masyarakat dilarang melakukan sebarang kegiatan pada jarak 500 meter dari tepi sungai (sempadan sungai) di sepanjang Besuk Kobokan, kerana berpotensi diselubungi perluasan awan panas dan aliran lahar hingga jarak 17km dari puncak. - Agensi berita, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >