Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 bekas pelajar Sabah menang saman guru tidak hadir kelas selama 7 bulan

Jul 20, 2023 | 02:14 PM



KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di Sabah mengarahkan tiga bekas pelajar sekolah menengah di daerah Kota Belud dibayar pampasan masing-masing RM50,000 ($14,500) atas kegagalan guru Bahasa Inggeris hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2017.


Mahkamah memutuskan bahawa guru itu dan empat defendan lain termasuk kerajaan, telah melanggar kewajipan mereka dan melanggar jaminan perlembagaan bagi bekas pelajar itu mendapatkan pendidikan.

Hakim Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan Cik Rusiah Sabdarin, Cik Nur Natasha Allisya Hamali dan Cik Calvina Angayung yang semuanya kini berusia 22 tahun.

Dalam penghakimannya, mahkamah memerintahkan pampasan dibayar kepada tiga bekas pelajar itu akibat trauma yang dialami mereka.

Ketiga-tiga mereka, dalam saman yang difailkan pada 7 Disember 2020, menamakan bekas guru mereka, Encik Mohd Jainal Jamran, sebagai defendan pertama.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Encik Suid Hanapi; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; Menteri Pendidikan; dan Kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat serta kelima.

Dalam penghakiman setebal 74 muka surat, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kes berdasarkan imbangan kebarangkalian, selepas mempertimbang keterangan kedua-dua pihak dan kesemua bukti yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati kes itu membabitkan persoalan berhubung hak perlembagaan kepada pendidikan, selain isu yang mempunyai kepentingan awam.

“Defendan melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak untuk disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris,” kata Hakim Shim.

Malah, mahkamah mendapati bukti juga menunjukkan tarikh defendan pertama tidak hadir itu adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Sabah (JPNS).

Mahkamah turut mendapati tiada bukti menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit aktiviti sekolah lain sepanjang tempoh ketidakhadiran itu.

Mahkamah juga memutuskan pengetua itu melanggar tugasnya di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 5 September 2022, seramai 10 saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak plaintif. Perbicaraan yang tamat pada Januari 2023 itu turut menampilkan tiga saksi memberi keterangan bagi pihak defendan.

Ketiga-tiga plaintif diwakili oleh peguam, Encik Sherzali Herza Asli.

Mahkamah membenarkan ganti rugi nominal berjumlah RM30,000 dibayar kepada setiap pelajar oleh kelima-lima defendan.

Beliau seterusnya membenarkan ganti rugi teruk berjumlah RM20,000 dibayar kepada setiap pelajar oleh lima defendan. Saman oleh tiga bekas pelajar itu adalah antara dua saman terhadap guru sama yang dibawa ke mahkamah oleh bekas pelajar sekolah itu. Yang pertama difailkan oleh bekas pelajar Cik Siti Nafirah Siman pada Oktober 2018. Perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Sabah dijadual disambung semula pada 16 Ogos. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >