Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 panel dibentuk bagi tangani cabaran Kerajaan Perpaduan

Antaranya termasuk Jawatankuasa Strategi bagi tangani isu komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap kerajaan M’sia
Feb 08, 2023 | 05:10 PM



KUALA LUMPUR: Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bermesyuarat buat kali pertama lewat Selasa malam (7 Feb) bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar kerajaan dan isu berkaitan pilihan raya serta strategi.


Ia merangkumi Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Jawatankuasa Strategi adalah untuk berdepan komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap Kerajaan Perpaduan.


Sebagai contoh, katanya, isu pembakaran Al-Quran di luar negara baru-baru ini menyaksikan ada beberapa tokoh agama mendakwa Kerajaan Perpaduan seolah-olah tidak mengambil tindakan terhadap isu berkenaan.


“Ketika itu, kita sudah menyatakan kenyataan keras dan mengecam insiden itu, malah Kementerian Luar turut memanggil Duta Sweden.


“Saya juga mengarahkan pencetakan sejuta naskhah Al-Quran untuk diedar ke seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.


Mesyuarat dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.


Turut hadir ialah pimpinan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >