Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

3 warga S’pura cedera dalam nahas maut di lebuh raya M’sia

Dua terkorban dikenal pasti sebagai wanita warga Indonesia dan pemandu bas warga Malaysia
Jul 10, 2023 | 08:05 PM



Tiga warga Singapura yang terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan Malaysia pada pagi Isnin mengalami kecederaan ringan dan sederhana, kata polis Negeri Sembilan.

Dua orang meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Warga Singapura itu dikenal pasti sebagai Encik Ghazali Mustaffa, 69 tahun, Encik Muhammad Siddiq Ghazali, 35 tahun dan Encik Low Jah Seng, 25 tahun, kata seorang pegawai polis negeri itu ketika dihubungi Berita Harian


Beliau berkata tiga penumpang warga Singapura itu, bersama mangsa-mangsa lain yang cedera, kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Pegawai itu menambah bahawa Encik Muhammad Siddiq diisytihar berada dalam “zon hijau”, iaitu beliau mengalami kecederaan ringan.

Encik Low dan Encik Ghazali pula disahkan zon kuning, iaitu kecederaan sederhana.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya pada 5.05 pagi di kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS, arah Utara, Nilai, Negeri Sembilan.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas kendalian LA Holidays dan sebuah kereta Proton Wira.

Bas itu berada dalam perjalanan dari Singapura ke Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur. Terdapat juga penumpang dari Filipina, Sepanyol, Canada, India dan China.

Dua individu terkorban dikenal pasti sebagai seorang wanita warga Indonesia, 42 tahun, dan pemandu bas lelaki berusia 33 tahun warga Malaysia.

Menurut JBPM terdapat tiga orang mangsa yang berada di dalam bas itu mengalami kecederaan parah.

“Mangsa di dalam kereta Proton Wira, iaitu seorang lelaki Melayu dan seorang perempuan Melayu, terselamat,” tambah jabatan itu dalam satu catatan di Facebook.

Dalam catatan itu, beberapa gambar menunjukkan bas berwarna putih itu terhumban di pinggir jalan dan tempat pemandu ranap.

Sebuah kereta Proton Wira berwarna merah pula berada dekat dengan bas itu di belakangnya.

Beberapa individu kelihatan berehat di tepi jalan di mana ahli bomba menjalankan tugas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >