Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

30,000 penumpang naik LRT Jakarta yang baru dilancar setiap hari

Sep 11, 2023 | 11:51 AM



JAKARTA: Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dirasmikan baru-baru ini di Jakarta telah membuktikan popularitinya dengan membawa purata lebih 30,000 penumpang setiap hari dalam tempoh 10 hari pertama ia beroperasi.


LRT, yang menyediakan perhubungan penting antara Jakarta dengan bandar-bandar di timur seperti Bekasi dan Cibubur, memulakan operasi terhad pada 28 Ogos.

“Sehingga Rabu, 6 September, LRT telah mengangkut seramai 331,947 penumpang,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Cik Adita Irawati dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Semasa fasa separuh percubaan, tambang LRT ditetapkan sangat rendah, bermula hanya Rp 5,000 ($0.32).

Bagaimanapun, mulai 1 Oktober, sistem tarif tetap akan berkuat kuasa, dengan kilometer pertama berharga Rp 5,000 dan Rp 700 untuk setiap kilometer berikutnya.

“Namun begitu, kami mengehadkan tambang maksimum pada Rp 20,000 untuk semua perjalanan, dan akan ada program promosi yang berpotensi untuk diskaun,” kata Cik Adita sambil menambah bahawa pemerintah memberi subsidi kepada tambang LRT.

Pada hari-hari awal operasi, kiraan harian penumpang LRT adalah antara 5,000 dengan 7,000 di sebalik menghadapi masalah kecil, cabaran mekanikal dan kelewatan percubaan awal.

Bagaimanapun, bilangan penumpang semakin meningkat.

Selepas beroperasi sepenuhnya, LRT akan mengendalikan lapan tren tanpa pemandu, dengan enam berjalan pada kekerapan 10 minit.

Pemerintah menaruh harapan tinggi terhadap LRT, menjangkakan kapasiti mengangkut sehingga 180,000 penumpang setiap hari.

Ketika melancar sistem LRT itu pada lewat Ogos, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau Jokowi menganggap projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.

LRT sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat dengan bandar-bandar satelit di Jawa Barat, Bekasi dan Depok.

Jakarta telah disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia sejak Mei dan awal Ogos tahun ini, mendahului carta yang dikumpul syarikat teknologi mutu udara Switzerland, IQAir.

Encik Jokowi menyalahkan kesesakan lalu lintas yang berlebihan dan industri yang menggunakan arang batu sebagai punca pencemaran udara melanda Jakarta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >