Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Jokowi gesa Jakarta percepat peralihan kereta elektrik

Aug 30, 2023 | 01:11 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Encik Jokowi menggesa pihak berkuasa wilayah Jakarta supaya mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik atau EV dalam usaha mengurangkan pencemaran udara di ibu kota.


Pemangku Gabenor Jakarta, Encik Heru Budi Hartono, mengesahkan mandat Presiden selepas mesyuarat mengenai pencemaran di Istana Presiden Jakarta, pada Isnin.

“Presiden mengetuai mesyuarat mengenai pencemaran. Salah satu tugas yang diberikan kepada kami ialah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik khususnya di Jakarta,” kata Encik Heru yang dipetik agensi berita Antara pada Khamis.

“Kami diminta menambah lebih banyak bas elektrik pada 2024, tetapi kami sedang mengira kapasiti bajet wilayah. Saya juga telah meminta pemerintah tempatan lain seperti Bogor, Bekasi, dan Depok untuk turut serta dalam pembelian kenderaan elektrik,” tambahnya.

Beliau berkata pihak pentadbir bandar juga akan meminta pengurus bangunan bertingkat menyembur air dari atas bangunan secara serentak untuk membuang bahan tercemar.

“Saya akan memberi tumpuan kepada bangunan-bangunan di bandar, dewan bandar raya dan pejabat datuk bandar sambil menyebarkan program ini kepada bangunan swasta, pemerintah pusat dan milik pemerintah. Itulah tugas yang diberikan oleh presiden kepada kami,” ujarnya lagi.

Selain beralih kepada kenderaan elektrik dan menyembur air di jalan raya, Encik Jokowi turut menggalakkan semua pihak di Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi menanam pokok.

Menurut Encik Heru, sebanyak 25,567 batang pokok dengan ketinggian dua hingga tiga meter telah ditanam di ibu negara sejak Julai 2023.

Beliau turut menyeru orang ramai khususnya kanak-kanak supaya memakai pelitup semasa melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan pendedahan kepada pencemaran udara.

“Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan bahawa terdapat peningkatan 24 hingga 31 peratus kes jangkitan pernafasan akut terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Justeru kami menggesa kanak-kanak supaya memakai pelitup apabila keluar rumah,” tambahnya.

Encik Jokowi pada Isnin telah melancarkan kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang pertama di Jabodebek (Jakarta, Bogor, Depok dan Bekasi) dengan menyifatkan projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.

Jakarta telah disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia sejak Mei dan awal Ogos tahun ini, mendahului carta yang dikumpul syarikat teknologi mutu udara Switzerland, IQAir.

Encik Jokowi menyalahkan kesesakan trafik jalan raya dan industri yang menggunakan tenaga arang batu sebagai punca pencemaran tersebut.

Menurutnya, hampir sejuta kenderaan memasuki Jakarta setiap hari.

Terdahulu pihak berkuasa Indonesia mula menjalankan operasi pembenihan awan fasa kedua hingga 2 September bagi mengurangkan pencemaran udara, terutamanya di ibu negara dan sekitarnya.

Kementerian Dalam Negeri turut mengeluarkan arahan kepada gabenor dan datuk bandar untuk mengawal pencemaran udara di Jabodetabek, berkuat kuasa 22 Ogos.

Penyiasat di Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan negara mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan perniagaan yang menyumbang kepada pencemaran udara di bandar itu.

Pentadbiran Jakarta dan polis bandar baru-baru ini menghantar trak bomba untuk menyembur air di jalan-jalan utama di seluruh ibu negara bagi membersihkan habuk dan bahan pencemaran lain yang menyumbang kepada pencemaran udara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >