Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

31 mati dirempuh dalam upacara Hari Ashura

Sep 11, 2019 | 03:33 PM



BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 31 orang mati dan 102 lagi cedera pada Selasa (10 September) semasa satu upacara keagamaan Syiah sempena Hari Ashura, di Karbala, selatan Iraq.



Karbala dianggap sebagai satu kota yang suci bagi penganut agama Syiah.



Pegawai di Makam Imam Hussein menyifatkan tragedi itu sebagai satu kejadian rempuhan. 



Jumlah kematian yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Iraq dijangka akan meningkat, kerana sembilan orang masih dalam keadaan kritikal.



Menurut jurucakap kementerian tersebut, 30 orang terkorban di tempat kejadian sementara seorang lagi meninggal di hospital. 



Kementerian itu tidak mendedahkan bagaimana mangsa terkorban, namun beberapa pegawai memberitahu Reuters bahawa rempuhan tersebut berlaku sewaktu upacara keagamaan itu hampir selesai.



Menjelang saat-saat akhir upacara tersebut, beribu-ribu penganut telah bergegas memasuki makam tersebut.



Amalan bergegas ke keramat itu dikenali sebagai larian Tuwairij.



"Penganut jatuh di atas satu sama lain, dan kami tidak dapat menarik mereka keluar," kata seorang penganut, Encik Abdel Mahdi.



Foto yang tersebar dalam talian menunjukkan berpuluh-puluh orang yang luka, dan ada juga penganut yang terbaring di kaki lima, sementara penganut lain cuba membantu.



Upacara keagamaan pada Hari Ashura ini diadakan sempena kematian cucu Nabi Muhammad saw, Hussein, dalam satu pertempuran pada 680.



Upacara ini disambut di Karbala oleh ribuan penganut Syiah dari merata dunia pada setiap tahun. 



Rempuhan pernah berlaku sewaktu upacara ini pada tahun-tahun lepas. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >