Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

4 lagi kes baru Covid-19 dikesan di kawasan Parlimen M'sia

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat lagi kes baru positif Covid-19 dilaporkan di kawasan Parlimen, memaksa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan dengan pergerakan keluar masuk kakitangan, pegawai serta petugas media dihadkan.



Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika mempengerusikan sidang khas Parlimen semalam, menjelaskan keperluan supaya tempoh persidangan juga dihadkan sehingga 5.30 petang saja.



"Semalam (kelmarin) dengan hari ini (semalam) saja, kita sudah ada tiga atau empat kes. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan 5.30 petang itu, untuk beri peluang kepada semua berbahas.



"Kita pun sudah tidak menuruti nasihat Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang susah payah datang ke Parlimen, beri penekanan.



"Kalau mahu ikut nasihat beliau, sidang kita sehingga 2 petang saja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang," katanya merujuk permintaan Ahli Parlimen (AP) supaya lanjutan masa diberi bagi membolehkan lebih ramai berbahas.



Dalam pada itu, Datuk Azhar juga menasihati semua AP patuh kepada SOP ditetapkan sepanjang berada di Parlimen serta menunjukkan contoh baik kepada rakyat.



"Sebenarnya kita sebagai Ahli Parlimen perlu beri contoh kepada rakyat. Sekarang ini sudah ada orang ketegorikan komuniti kayangan dan bukan kayangan.



"Jadi sebenarnya, amat penting bagi kita memenuhi dan mematuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat sekarang ini.



"Dalam kawasan ini (Kuala Lumpur) pun masih fasa satu, mesyuarat secara fizikal pun tak boleh sebenarnya.



"Jadi, walaupun Parlimen bebas tapi kita juga perlu memberi gambaran baik kepada seluruh rakyat bahawa peraturan itu mesti dipatuhi," katanya.



Beliau berkata AP hanya mempunyai kekebalan untuk bercakap di dalam Parlimen kerana ia dijamin undang-undang, namun jangkitan Covid-19 tidak kebal kepada sesiapa.



Sebelum ini, dilaporkan dua AP dikesan positif Covid-19, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN - Bagan Datuk) dan Datuk Dr Mansor Othman (Bersatu - Nibong Tebal).



Sementara itu, kes harian positif Covid-19 di Malaysia sekali lagi mencatat angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan semalam.



Dr Noor Hisham, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.



Beliau berkata Selangor merekodkan 7,171 kes baru, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).



Selain itu, Malaysia juga telah memberi sebanyak 553,871 dos vaksin kelmarin, menjadikan jumlah vaksinasi harian melebihi 500,000 dos buat dua hari berturut-turut.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 356,112 adalah bagi dos pertama dan 197,759 bagi dos kedua.



Katanya, jika dibandingkan dengan pemberian vaksin harian pada Februari hingga Jun, sebanyak lapan juta diberikan dalam tempoh itu.



"Untuk bulan Julai saja, kadar pemberian vaksinasi adalah 10 juta," katanya dalam Sesi Penerangan Menteri di Parlimen semalam.



Beliau berkata seramai 1.07 juta orang menerima vaksin untuk dua hari pada Isnin dan Selasa lalu membabitkan 2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara itu. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >