Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 maut, 13 hilang dalam kebakaran pusat beli-belah Glodok di Jakarta

Jan 17, 2025 | 12:32 PM
Kebakaran besar di Plaza Glodok, Jakarta, dengan pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang bermula di tingkat tujuh.
Kebakaran besar di Plaza Glodok, Jakarta, dengan pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang bermula di tingkat tujuh. - Foto INSTAGRAM INFOJAKARTABARAT

JAKARTA: Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah Glodok Plaza, di Taman Sari, Jakarta Barat.

Sementara itu, jumlah individu yang dilaporkan hilang akibat insiden tragis ini meningkat kepada 13 orang.

Kebakaran besar tersebut berlaku pada malam 16 Januari 2025, sekitar 9:30 malam dan telah menyebabkan kemusnahan besar di bangunan bersejarah tersebut.

Ketika kebakaran berlaku, terdapat pengunjung di pusat beli-belah itu dan ramai tidak sempat menyelamatkan diri akibat api yang merebak dengan pantas.

Badan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Jakarta mengerahkan lebih daripada 47 jentera bomba dan 200 anggota ke lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Badan Pemadam Kebakaran dan Penyelamatan Jakarta, Encik Satriadi Gunawan, mengesyaki api bermula dari sebuah kelab malam di tingkat tujuh dan cepat merebak ke tingkat atas, menyukarkan pengunjung yang terperangkap untuk melarikan diri.

Video insiden yang tular menunjukkan beberapa individu melambai dari dalam bangunan yang sedang terbakar, memohon bantuan.

Pasukan penyelamat berjaya menggunakan tangga hidraulik untuk menyelamatkan sembilan orang.

“Kesemua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan baik walaupun mengalami kejutan dan kesukaran bernafas selepas insiden tersebut,” kata Encik Syariduddin, seorang pegawai kanan bomba Jakarta Barat.

Operasi pencarian terus dilakukan, terutamanya di tingkat tujuh dan lapan, kawasan yang dipercayai menjadi titik awal kebakaran.

Mayat-mayat yang ditemukan pada 16 Januari petang telah dipindahkan ke hospital polis untuk pengecaman lanjut.

Encik Satriadi menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada mayat tersebut termasuk dalam senarai individu yang dilaporkan hilang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Kebakaran itu meninggalkan trauma mendalam kepada keluarga mangsa yang masih hilang.

“Kami hanya mahu mereka yang masih hilang segera ditemukan, sama ada dalam keadaan hidup atau tidak,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa dengan nada penuh kesedihan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg