Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 maut selepas kenderaan rempuh kem selepas waktu sekolah di Illnois, AS

Apr 29, 2025 | 2:04 PM
Empat maut, termasuk kanak-kanak, selepas sebuah kenderaan merempuh sebuah bangunan yang menempatkan kem selepas waktu sekolah di Illnois, Amerika Syarikat pada 28 April 2025.
Empat maut, termasuk kanak-kanak, selepas sebuah kenderaan merempuh sebuah bangunan yang menempatkan kem selepas waktu sekolah di Illnois, Amerika Syarikat pada 28 April 2025. - Foto: NYTimes

WASHINGTON: Empat orang berusia antara empat dengan 18 tahun terbunuh pada 28 April apabila sebuah kenderaan merempuh bangunan yang menempatkan kem selepas waktu sekolah di negeri Illinois Amerika Syarikat kata polis, sambil menambah mereka sedang menyiasat nahas itu.

Beberapa yang lain cedera dan dibawa ke hospital, kata Polis Negeri Illinois dalam satu kenyataan, manakala pemandu kenderaan itu tidak cedera dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Pada masa ini, kami boleh mengesahkan empat maut dipercayai berusia antara empat dengan 18 tahun. Tiga individu dilanggar di luar bangunan dan seorang di dalam,” kata kenyataan itu.

“Beberapa individu juga telah dipindahkan ke hospital di kawasan tempatan dengan ambulans dan seorang dengan helikopter penerbangan hayat,” tambah kenyataan itu.

Polis menangani kemalangan di Chatham, sebuah bandar kecil sekitar 16 kilometrer ke selatan ibu negeri Springfield, kira-kira jam 3.20 petang 28 April.

Timbalan Ketua Polis Chatham Encik Scott Tarter berkata bahawa Gereja Chatham, yang terletak dekat dengan kem selepas sekolah, merupakan tempat perhimpunan keluarga.

Trafik di jalan-jalan raya berdekatan telah ditutup sehingga diberitahu kelak, kata Encik Tarter.

Kesemua empat mangsa yang terbunuh adalah wanita, menurut Koroner Daerah Sangamon Encik Jim Allmon.

Indentiti mereka tidak didedahkan sementara menunggu pemberitahuan kepada pihak keluarga masing-masing.

Gabenor Illinois Encik JB Pritzker berkongsi kenyataan menerusi platform X dengan menyatakan beliau “ngeri dan sangat sedih” dengan kejadian malang itu.

“Ibu bapa mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak mereka pagi ini tanpa mengetahui ia akan menjadi kali terakhir. Hati saya berat untuk keluarga ini dan kesedihan yang tidak dapat dibayangkan yang mereka alami - sesuatu yang tidak perlu ditanggung oleh ibu bapa,” tulisnya.

“Komuniti kita kehilangan sekumpulan anak muda yang cerdas dan tidak bersalah dengan seluruh kehidupan mereka di hadapan mereka,” tambahnya.

Senator negeri Cik Doris Turner, D-Springfield, yang daerahnya termasuk Chatham, berkata hati beliau berkecai apabila diberitahu mengenai kejadian negeri itu.

Kem selepas sekolah, YNOT After School Camp, berkata di laman webnya bahawa ia mengkhusus dalam menyediakan aktiviti luar untuk kanak-kanak.

Polis Negeri Illinois berkata ia bekerjasama dengan Jabatan Polis Chatham untuk menyiasat punca nahas maut itu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg